sebenarnya dah mengantuk tapi tak apa lah..tulis dulu sebelum tido takut esok-esok terlupa pulak..sementara ingat..Harini saya ke Pusat Islam Uitm Shah Alam sendirian tapi bersama saya ramai pelajar-pelajar junior yang datang mungkin untuk mendengar talk atau nak tgk penceramahnya..wallahualam..maklum lah yang memberi talk malam tadi bukan calang-calang orang..talk malam tadi disampaikan oleh Imam Muda Asyraf Bin Mohd Ridzuan..yang bertajuk 'semakin hari semakin cantik'..Dalam forum kali ini topic agak 'abstract' ..walaupun ustaz mungkin nampak agak confuse dengan tajuk tapi keseluruhan massage yang disampaikan boleh dikatakan berkait rapat...cuma agak samar-samar dan boleh dikatakan memerlukan kesenian akal untuk menterjemahkan tajuk kepada mesej..wahh!..hehe...Bila saya diberitahu topic hari itu..memang di dalam gambaran saya tajuk ini agak luas dan boleh jadi ustaz akan keluar dengan tips-tips kecantikan dalam islam..mungkin akan datang dengan defininasi cantik..medium-medium yang berkait rapat dalam usaha mendapat cantik itu..samada lahiriahnya atau batiniahnya ..dan cara untuk memupuk medium-medium itu seterusnya ..datang nya cantik itu dari aspek apa ..begitulah..tapi kalau saya yang tidak pandai lansung pasal agama ini boleh cakap topik ini besar..dan bukan sejam atau dua jam punya cerita..inikan pula seorang Imam nak memberi hujah-hujah tentang itu..boleh jadi 3 hari 3 malam belum tentu habis...:)..pihak penganjur sepatutnya mengecilkan skop..contohnya dari segi permakanan ..ataupon aktiviti riadah yang dihalalkan atau sebagainya..sebab secara keseluruhannya..jika seorang ustaz datang untuk berhujah tentang agama sudah pasti mesej yang nak disampaikan menjurus kearah Islam dan kebaikan..jadi dengan mendengar dan adaptasi kepada mesej itu akan merubah mungkin 1% sekalipon ke arah yang positive..disitu juga pasti ada 'cantiknya'..ini bagi pendapat saya ..
ok sedikit sebanyak kesimpulan daripada apa yang saya dapat dalam talk tadi..
1 - ustaz mulakan dengan bercerita tentang masjid Uitm yg cantik dan luas ...dan Nabi SAW ada menyebut : ‘”Tempat yang paling baik di sisi Allah adalah masjid dan tempat paling dimurkaiNya adalah pasar-pasar.” ...jadi kata ustaz Rasulullah SAW suka bila kita membuat aktiviti seharian kita di dalam masjid ..dan 'pasar' yang dimaksudkan bukan lah pasar malam semata-mata...dimana-mana sahaja yang ramai orang dan pergaulan bebas dimana lelaki dan perempuan sehingga bersentuh bahu..tak semestinya di pasar..dimana-mana sahaja .
jadi dari hadith tadi ustaz mengajak kita mengkaji dan berfikir tentang sesuatu yang disampaikan kepada kita dengan lebih mendalam..'Ulul-Albab'= Ulil Albab adalah gulungan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam AlQuraan. Sebanyak 16 kali disebut di dalam AlQuraan. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini...dengan berfikir dan mengkaji kita mampu tampil lain ..atau lebih daripada yang lain walaupun jika ditengok secara kasar seakan-akan sama..tapi kelainan yang ditampilkan akan membawa seorang lebih sedikit kedepan.
2 - Imam Jalaludin Sayuti : Firman Allah SWT ;' dan Kami turunkan daripada langit itu besi...'
dan pada zaman itu..kajian tentang besi adalah daripada bumi..jadi ada yang cuba menuduh kesalahan pada kitab Al-Quran..
'Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi ada satu petanda baik bagi orang-orang yang mengkaji '
Harini rupanya selepas kajian besi perlu dijadikan gabungan daripada suatu tenaga dari langit .maksud ustaz adalah Pembentukan logam berat seperti besi, emas, platinum, uranium dan plutonium ada kaitan dengan kematian bintang di angkasa raya. Apabila bahan api bintang kehabisan maka tindakbalas nekleosentesis yang menukarkan silikon dan sulfur kepada besi akan berlaku pada teras bintang.
Besi mempunyai susunan nekleus yang paling stabil. Tenaga pembentukan atom besi sungguh tinggi. Besi tidak terbentuk di bumi tetapi dari bintang di ruang angkasa menerusi proses yang disebut tadi. Ledakan nukleosintisisis yang berlaku pada suhu yang tinggi akan menghamburkan besi ke ruang angkasa dan seterusnya di tarik ke permukaan bumi menerusi tarikan graviti....Jadikan diri sebagai pengkaji..
maksud disini adalah agama kita ini telah menjelaskan selengkap baik semua yang jadi di langit dan dibumi .tetapi dengan mengkaji untuk mencari penjelasan saintifik akan membuat orang itu ada kelainan..tapi jangan jadikan kajian itu satu alasan untuk kita menidakkan apa yang dah ditulis..mengkaji untuk mendalami tapi bukan jika tidak dapat mendalami tentang sesuatu perkara itu maka perkara itu ditinggalkan..contohnya kata ustaz..sekarang ada penjelasan dalam bidang sains signifikasi rukuk..sujud dan sebagainya...kebaikan amalan-amalan itu..tetapi jika tiada kebaikan tidak boleh lah pula kita meninggalkan solat.pada zaman sahabat dahulu tiada kajian tapi mereka masih solat..
3 - Melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan itu dianggap suatu 'dosa'..maksudnya kalau kita buat sesuatu yang luar daripada biasa..kemudian ustaz menyebut 7 golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah SWT :
a - Pemimpin yang adil -seorang yang mempunyai kuasa yang boleh merubah keputusan tetapi masih memikirkan tentang orang lain dan tidak kepentingan diri sendiri .
b - Pemuda yang kuat ibadat - pemuda disini adalah Orang Muda ..kerana bukan mudah untuk seorang yang pada usia mudanya dia kuat beribadat..
c- Seorang lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid - ini adalah seorang yang hebat
d- seorang lelaki yang berkawan dengan lelaki lain kerana Allah SWT dan perpisahan nya juga adalah kerana Allah SWT ...contoh disini pada zaman Rasulullah dahulu ..Saad bin Malik enggan pergi berperang..jadi Rasulullah SAW menyuruh semua boikot dia..Ada seorang sahabat baik Saad rindu ingin berjumpa dengan nya tetapi bila teringat perintah Rasulullah SAW dia membatalkan niat..kerana persahabatan dan perpisahan itu adalah kerana Allah SWT.
e - Seseorang yang apabila diberi sedekah oleh tangan kanannya,tangan kirinya tidak tahu..contohnya : mendoakan kawan atau sesiapa sahaja dalam keadaan mereka tidak tahu.
f- Seorang lelaki yang menitiskan air mata oleh kerana cintakan Allah SWT ..Pesan ustaz khususnya pda lelaki..jangan menangis sebab wanita..jangan korbankan air mata pada benda yang remeh temeh
g - Lelaki yang apabila digoda wanita yang berkedudukan dan berupa paras cantik..dia tolak kerana takutkan Allah SWT..
Nabi pegang bahu Abdullah bin Umar r.a ' Wahai Ibnu Umar anak Umar al Khatab .Jadikanlah diri kamu dibumi ini seperti orang yang asing '
orang yang pelik dan asing itu maksudnya seorang yang boleh ke masjid pada tika orang tidak ke masjid .dia boleh berdakwah pada waktu orang tidak berdakwah..'Orang muda bila paginya ,dia tidak akan tgu petang..bila petang dia tidak akan tunggu pagi...tidak akan tunggu bila nak buat sesuatu..tetapi kan buat pada waktu nya '
'Bacaan anda membentuk peribadi anda'..jadi pilih bahan bacaan anda supaya dapat membentuk peribadi yang selaras dengan tujuan atau tugas kita di atas bumi..
Kemudian terus pada menjawab soalan daripada siswa dan siswi..
1 - tentang berorganisasi penjelasan tentang ..seorang yang terlalu banyak mentelaah sehingga tidak berpersatuan ..kononnya akan menggangu pembelajaran ..
Nabi SAW mengajar yang orang yang berorganisasi/berjemaah adalah orang yang berjaya.Organisasi juga boleh jadi solat berjemaah semata-mata .Dalam konteks mahasiawa pembahagian komitmen bergantung kepada kebijaksanaan..Contoh yang ustaz beri..seorang wakil pelajar UM..yang mampu membahagi masa mengikut kebijaksanaan bila ditanya..jawapan yang diberi adalah 'Barangsiapa yang membantu Allah, Allah akan membantu dia..'.Kalau berorganisasi atau apa-apa bukan dari aspek keimanan belum tentu Allah tolong..Nabi tidak menyuruh semua orang perang..ada yang wajib ada yang tidak wajib..jika tidak mampu untuk berorganisasi ..takut mengganggu pembelajaran..tidak mengapa.
Jaminan jika berkerja ke jalan Allah SWT , Allah SWT akan bantu...'Siapa yang beriman dan tinggi ilmu , Allah SWT akan angkat darjatnya'..bila Allah akan angkat kita tidak tahu..
2 - dari sudut kematangan
kata ustaz ..kita akan berubah mengikut peringkat ..semua orang ...mungkin harini kita berfikiran seperti ini..mungkin lagi 10 tahun..kita akan berfikiran lebih bagus dari 10 tahun lepas..dan meninggalkan yang remeh..dan mula memikirkan yang lebih penting..itu proses..Orang takut kalau beragama nanti jadi skema..tidak semestinya..(bagi saya harini sangat sedikit dan yang masih belum bangun sahaja yang berpendapat begitu..mereka masih belum dapat konsep yang Islam itu bukan agama yang menghukum..Islam itu is the only way of life..and everybody sepatutnya bersembang ..hari-hari tentang Islam...kerana itu laa cara hidup dan gaya hidup yang sepatutnya..dan yang patut rasa malu adalah mereka yang tidak tahu tentang agama mereka sendiri sebab mereka tidak berfikir dan mengambil ringan ttg agama..jangan malu dengan agama sendiri ..dan Islam bukan bahasa ustaz dan ustazah..kita semua kalifah..kita semua reminder...so remind each other..everyday!)..
3 . merungut
Merungut dan melakukan sesuatu secara terpaksa itu adalah kerana seseorang itu hilang keredhaan..contohnya : harini terantuk lutut pada katil ..esok terantuk lagi..tiap kali terantuk marah...soalannya:dah terantuk ke belum?..dah..jadi kenapa merungut..Jadi sebenarnya Allah nak tengok kita redha ke tak dengan sesuatu yang dah jadi..Mukmin tak akan terantuk dua kali..
Nabi diambil Katijah dan Abu Talib serentak pada bulan yang sama..Nabi seolah-seolah hilang punca..tapi Allah nak sampaikan pada Nabi cukuplah Dia sahaja yang menbantu..kita hari ini nak sedekah pon susah sebab kita tak percaya akan apa yang Allah SWT bagi itu cukup..
4 . Doa minta cepat jodoh
Jodoh bukan tunggu dan lihat.Allah suruh cari .Nabi suruh pilih..cari maksudnya mengenali siapa dia,asal usul keluarga dan sebagainya..dan target bila nak kahwin dan bagitau pada family..Kawin muda penting ..tetapi kahwin time belajar kalau boleh hindari..kerana boleh menggangu pembelajaran..kalau kita sibuk dengan aktiviti dan bukan bersosial yang menggalakkan diri anda untuk mencari jodoh itu (facebook contohnya)..kita tak akan fikir tentang lelaki atau perempuan..sehinnga melalaikan...
5 barang berjenama ; boleh pakai tapi jangan menunjuk..menampakkan kemewahan..sehingga menyebabkan orang terasa hati..cthnya org yg tidak berkemampuan..
6 boleh tak memendam perasaan cinta pada wanita
boleh..tidak salah..tapi jangan sampai melalaikan..cth seorang yang selalu berjemaah..tetapi satu hari teringat akan teman wanita nya..sehingga terlalai untuk pergi berjemaah..cinta dibenarkan tapi kawal perasaan cinta..sama juga kalau bercerai..tiba-tiba yang lelaki ingin rujuk semula lepas idah..merayu-rayu..jika si isteri tidak mahu..maka tinggalkan lah..dalam hati seorang wanita ada satu perasaan iaitu tidak tergamak..tetapi tiada didalam hati seorang lelaki..
7- tudung berfashion..kata ustaz..pakai lah dengan syarat :
menutup aurat , tak nampak bentuk tubuh , tidak nipis , tak menyerupai pakaian agama lain ,lelaki tidak berpakaian wanita dan wanita tidak berpakaian lelaki..wanita dan lelaki tidak boleh berpakaian yang nampak keserlahannya...contoh macam 'diva wannabe ' punya dress up..dan tidak boleh pakai pakaian yg nampak sombong..
'ORANG YANG TAAT KEPADA ALLAH ANDA AKAN JADI ORANG YANG ASING'
jadi itu sahaja..thank u ustaz kerana sudi datang ke Uitm menyampaikan ilmu pada kami ..kalau lah ustaz baca..mana-mana yang tersalah...harap dibetulkan..salam wbt...goodnite everyone..:)
3 comments:
very good input. thx for sharing :)
salam wbt. interesting nurul. syabas ustaz ashraf. alhamdulilah. good reading your block. keep it up.
me is aku :..thanx for reading..:)..have a nice day..
mama :..wsalam wbt..dont read my block..just read my blog ok..:)..insyaAllah..
Post a Comment