Tuesday, October 11, 2011

HIBURAN DALAM ISLAM - (KESIMPULAN DARI FORUM BERSAMA USTAZ DON DANIYAL DI PUSAT ISLAM ,UITM)

salam wbt brothers and sister..saya baru saja balik dari forum dengan ustaz Don Daniyal ,pendakwah muda kita yang selalu ada di tv Alhijrah dan tv9 tak silap..jadi saya nak kongsikan sedikit sebanyak mesej yang cuba disampaikan dalam forum tadi yang saya rasa agak bagus , ringkas dan senang untuk diaplikasi buat remaja-remaja yang kurang jelas tentang isu ini..insyaAllah

Tajuk forum malam tadi adalah Hiburan dalam Islam dan ditekankan pada bidang musik...Sebenarnya ada 2 penceramah malam tadi tapi disebabkan memang datang untuk dengar ceramah ustaz Don ..tak berapa nak fokus la penceramah lagi satu tu..hehe..anyways..ustaz pada mulanya menekankan tentang 'ENTERTAINMENT' dan 'ENTERTAINING'...atau dalam bahasa melayunya..'hiburan' dan 'menghiburkan'...jadi kata ustaz..hiburan belum tentu menghiburkan..tetapi apa yg menghiburkan sudah pasti ia adalah satu hiburan..Jadi apa maksud hiburan itu. Jika berzikir itu menghiburkan hati seseorang jadi berzikir itu juga adalah salah satu bentuk hiburan . Jadi di dalam Islam ..Hiburan itu dibolehkan..

Tetapi apa jenis hiburan yang dikatakan tak elok..dan tak boleh..satu contoh..jika seseorang itu berada di pasarraya ,tiba2 lagu dari usher -yeah berkumandang..orang itu pon stop dah suruh semua orang lain diam 'ini lagu aku ni..tepi-tepi' kemudian siap menari mengikut step lagu itu ...ini adalah kategori yang bahaya..tetapi ..jika orang itu berada di  pasarraya dan dengar lagu kegemarannya..dan tidak mengganggu aktiviti membeli belah itu tadi maka ia tidak laa memudaratkan ..jadi dibolehkan lah mendengar lagu..dengar syarat ia sekadar laluan pada telinga sahaja .dengar lah apa jenis musik sekalipon ..jika ia sekadar laluan sahaja pada telinga..dibolehkan..tak ada masalah..

jadi bila para ulama ,ilmuan menegah tarian-tarian seperti shuffle laa breakdance laa apa laa semua tu...disebabkan oleh ..mereka memerlukan lagu atau irama untuk menaikkan semangat mereka untuk menari seolah-olah dipengaruhi oleh lagu itu jadi hukumnya makhruh...dan jika ia memudaratkan contoh yang diberi headspin sampai habis tikar masjid semua terbuka..maka hukum nya haram . (jadi saya nak tambah disini ..mengikut pengalaman saya yang pernah ke club malam sekadar untuk menari..dan pada mulanya merasakan tiada apa-apa salahnya sekadar mendengar lagu dan menari ...tidak ambil dadah atau minuman keras atau bergaul bebas dengan lelaki...ia tetap salah kerana mendengar lagu sehingga melalaikan itu salah dan haram)..Jadi mendengar lagu sekadar untuk mendengar ..dibolehkan...jangan cakap lagu apa juga pon ..jika dengar lagu nasyid tapi sampai terlentok-lentok..'sedapnyaa lagu nii...sedapnya' ..jatuh haram lagu itu kerana mampu melalaikan dan menjadikan seseorang terbawa-bawa ...jadi dengar laa lagu itu sekadar sebagai garam dalam makanan..utk penyedap rasa sahaja..bukan dijadikan kehidupan...semuanya nak dilagukan..alarm lagu ,ringtone lagu,msg lagu , semuanya lagu...kalau tak ada lagu seolah-olah tak boleh hidup tak ada lagu...itu salah..

Bagaimana pula dengan hukum belajar main gitar ?soalan yang selalu ditanya...ustaz Don betanya pada siswa dan siswi yang hadir..boleh ke tak belajar main gitar?..ramai yang jawab boleh...dan ustaz jawab dari belajar main gitar baik belajar fardhu ain ...(ini point yang bagus bagi saya)..memang belajar itu tak salah ..tapi yang salahnya...kenapa nak belajar main gitar bila yang lebih penting iaitu agama tidak dibelajar dulu pada masa lapang tu..kenapa perlu belajar gitar...lainlah datang-datang 'ustaz,saya dah belajar fardhu ain ,saya dah belejar hadith dan sunnah..saya dah itu dan ini tapi saya teringin main gitar..apa salahnya ustaz '....tak ada salahnya..silakan...dibolehkan ..apa salanya..ilmu yang wajib dah cukup...ustaz juga bercerita tentang seorang yang hebat dalam bidang music pada suatu zaman sampai apabila dia bermain dengan gabusnya (tak silap)...dia petik je semua orang dalam istana akan menangis..dan apabila dia mengubah petikan itu semua orang akan ketawa riang...yang sememangnya tak ada ahli music sehebat itu zaman ini...dan siapakah ahli music itu..seorang ulama masyur...jadi boleh ke tak belajar bermain music..boleh..dengan syarat ilmu agama tidak dilalaikan..

Allah SWT mencipta manusia dengan fitrah . Dan  antara fitrah manusia adalah suka berseronok , suka menyanyi dan suka bersenang-senang. Dan Allah SWT tak suka sesiapa yang melanggar fitrah itu kerana ia seolah-olah melanggar perintah Allah SWT.jadi jangan ubah fitrah yang Allah dah bagi..Allah SWT bagi manusia berhibur..jadi berhiburlah mengikut hukum Islam ..'Aisha R.A pernah bersama seorang sahabat dan Rasulullah SAW ikut dari belakang ke majlis ..dan Nabi bertanya kepada Aisha R.A tentang tiada hiburan di majlis ini..dan Nabi SAW cakap orang ini suka menyanyi dan mereka sedang dimajlis keraian..mereka sedang menyambut perkahwinan.. '..(lebih kurnag begitu la ceritanya..tak detail sgt) tapi point nya adalah..dibolehkan ada hiburan ..lagu pada majlis perkahwinan..dan orang kita sahaja yang memandai buat karaoke menghancurkan indahnya hukum Islam itu..sekadar memasang lagu pada majlis perkahwinan memang dibolehkan tetapi karaoke dan lain-lain hiburan persembahan tidak boleh..

Akidah dalam mendengar lagu - lagu janganlah bertentangan dengan agama ,mengandungi unsur-unsur lucah yang boleh memesongkan akidah ..tidak digabungkan dengan instrument yang terlampau ..penonton menjaga tingkah laku dan aurat ..tidak bercampur laki dan perempuan...jika penyanyi lelaki ..penonton boleh dari kedua nya wanita dan lelaki..dan jika  perempuan..maka penontonnya haruslah hanya perempuan ..

jadi kesimpulannya..tentang music dan hiburan ..tidak ada hadith yang sahih mengatakan halangan tentang memain alat music dengan syarat cukup ilmu fardhu ain nya..kerana tanpa asas agama segala yang indah yang sepatutnya berlandaskan Islam itu bole terpesong..dan menjadikan benda yang tak salah itu menjadi sesuatu yang salah..tak kisah la dalam apa genre sekalipon..semuanya sama jika kita tahu menjadikannya sekadar garam dalam masakan..penyedap sahaja..laluan buat telinga dan tidak melalaikan dan memudaratkan..wallahualam...sekian..salam wbt..


2 comments:

Muadz said...

terima kasih di atas perkongsian:)keep it up

www.muadzofficial.com

Anonymous said...

Ada video forum tak???