Sunday, October 16, 2011

JIHAD FISABILILLAH (kuliah maghrib)

Assalammualaikum brothers and sisters..

Harini sebenarnya tak rasa nak menulis ..tapi tiba-tiba pukul satu pagi ni rasa macam nak tulis balik apa yang ustaz cakap pada kuliah Maghrib harini.eh semalam..:)...bukan apa..takut sendiri terlupa..tapi malam semalam ustaz cakap agak laju dan banyak bercerita mengikut keadaan yang jadi masa ini..tentang pemimpin, tentang media dan lain-lain lagi.

Tajuk tazkirah Maghrib semalam adalah tentang ‘JIHAD FISABILILLAH’.. and again saya ingatkan bahan tulisan ini adalah mengikut apa yang saya dengar dan yang saya faham. Bukan datang dari saya sendiri yang sememangnya tidak layak nak memberi  hujah dan pendapat sendiri tentang agama Allah ini.takut2 tersalah cakap dan tersalah faham..jadi lain pula..:)..jadi ini sedikit sebanyak isi kandungan tazkirah malam tadi..insyaAllah

Begini bunyinya..hehe..ustaz tu memulakan tazkirah dengan memberi tahu tentang tempat pertama yang wujud di atas muka bumi..KAABAH katanya..Makkah al Mukaramah ..Orang pertama yang sampai ke Makkah adalah Nabi Ibrahim s.a. ..Setelah dibinanya Kaabah ,Allah turunkan perintah kepada Nabi Ibrahim untuk memanggil Umat datang la ke Rumah Nya..Nabi Ibrahim pon terfikir..siapa yang aku nak panggil ini ..mana ada orang masa tu...turun lagi satu perintah dari Allah SWT kepada Ibrahim S.A...’kau seru sahaja mereka , akan Ku sampaikan’..dekat sini kita kena yakin bahawa kuasa Allah SWT itu bila Dia dan panggil , cukup masa dengan apa keadaan sekalipon kita akan sampai...pada zaman dahulu ada yang menaiki unta berjalan kaki..bila sudah diseru macam mana sekali pon sampai kurus kering pon akan sampai..itu kuasa Allah SWT.. Dan bila dah sampai tak sah laa kalau tidak diberi kesusahan ,kepayahan ..untuk mendapat yang mabrur itu...mestilah diuji . Ibadah haji ini sama lah hebatnya seperti ibadah wajib lain iaitu solat ,zakat,dan puasa .

JIHAD FISABILILLAH
Kenapa kita perlu berjihad ?...sebab kita adalah kalifah dan kita adalah hamba Allah SWT ...Allah SWT pernah memberitahu para malaikat : Dia mencipta manusia adalah untuk menjadi KALIFAH di muka bumi..untuk mewakili Dia di mukabumi...untul menegakkan semua hukum Allah SWT..jadi apa tujuan kita atas muka bumi ini adalah untuk menegakkan hukum Allah SWT ..jadi kalau kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita ..kewujudan kita ini tak ada la bezanya dengan kambing dan lembu tuan-tuan dan puan-puan sekalian ...Apa antara tanggungjawab yang menepati hukum..yang menepati kewujudan kita ini antaranya...mengaji, solat berjemaah dll..

Allah SWT berfirman : ‘Aku tidak jadikan jin dan manusia selain dari untuk menghambakan diri kepadaKu.’

Bukan hamba pada harta , bukan hamba pada dunia, bukan hamba Ramadhan . apa itu hamba Ramadhan?..ini yang kebanyakkan kita buat...mengaji hanya pada bulan Ramadhan, solat jemaah hanya pada bulan ramadhan itu pon terawih sahaja  ..yang fardhu tidak pulak berjemaah . padahal nabi dah cakap solat pertama yang diturunkan solat subuh..dan afdalnya mestilah dilakukan berjemaah di masjid atau berjemaah di rumah. Dan ulama pernah cakap : TIDAK TERIMA SOLAT SUBUH ITU JIKA TIDAK BERJEMAAH...Pengecualian solat berjemaah subuh ni pada 2 golongan sahaja..iaitu doctor yang sedang bertugas dan bomba yg sedang bertugas..selain dari itu..tiada pengecualian..demam dan pening  pada zaman nabi merangkak pon harus berjemaah .

Hebatnya kalifah zaman dahulu , (saya tak dengar nama kalifah itu)..solat sunat dia sehingga 400 rakaat sehari sehingga wafat..solat jemaah dia akan sampai dahulu...boleh membimbing baca Al-Quran..boleh memberi tazkirah...pemimpin hari ini?...ada pernah dengan keluar television cakap ‘ esok pagi,saya akan subuh berjemaah di masjid sekian –sekian...’ ..dah cakap begitu sampai paling awal pulak...berzikir pulak dulu beramai-ramai sebab nak mintak rahmat Allah SWT nak doakan palestin menentang tentera salib bukanlah benda yang mudah...kemudian dia pula yang Imamkan dan bagi kuliah...Kalifah itu sama la levelnya dengan Perdana Menteri..tapi ada P.M kita buat macam tu..bukan kah kalau dia cakap dia solat dimana berduyun-duyun manusia akan turun berjemaah subuh disitu betapa hebatnya pengaruh pemimpin..tapi dimana itu semua harini?...

Sambutan satu Malaysia , hari merdeka , itu ini..bukan nya buat majlis kesyukuran...panggil band-band barat menyanyi , buat konsert macam-macam...lagi band barat masuk menyesatkan akhlak anak-anak remaja islam di Malaysia..kemenangan yahudi yang besar dengan mensponsor band-band ini sehingga melalaikan umat Islam di Malaysia..Kalau nak tengok hebatnya Islam dia sesuatu tempat itu..tengok la jemaahnya .
Tgk kepada perintah solat .diturunkan pada hari Selasa , 2 Syaaban ,peristiwa Israk Mikraj...Allah SWT turunkan para Rasulullah SAW 50 waktu solat ...terjumpa Nabi Musa ..Nabi Musa bertanya ‘apa yang difardhukan kepada engkau Muhammad kali ini?..Rasul menjawab : 50 waktu solat ...terkejut Nabi Musa..kata dia..umatku yang besar dan gagah pon tidak akan mampu melakukannya Muhammad ...ini pula umat engkau yang (ok boleh tengok diri sendiri sekarang..pendek, buncit,lembik,malas..dan macam2..:))...kurang-kurangkan jadi lah 5 waktu solat . Kenapa Allah Swt tak turunkan sahaja harta dan kekayaan ..kenapa perintah solat?..kerana besarnya nikmat solat itu...dengan solat itu hebat,hebat nya kusyuk dalam solat itu, hebatnya nikmat berada dalam solat itu ...

Baca Quran..Dalam Ramadhan sahaja imam Syafie khatam 60 kali..itu dalam Ramadhan..Alquran bukan perlu hanya pada bulan Ramadhan..ia harus diamalkan setiap waktu solat .

Bersedekah : budaya yang harus kita terus pupuk ..terus menerus...dan bersedekah itu harulah dari barang yang kita suka..yang kita sayang..bukan lah barang2 yang kita tidak suka....
Dan kenapa kita berjihad?..dari situ lah kita dapat lihat kekuatan Islam itu..Nabi mengetuai perang walaupun pada usia 60 tahun..jihad ini tidak terkecuali dari sesiapa pon dan jihad ini harus lah sehingga mati..bukan ikut waktu..

4 JENIS JIHAD

1 : Jihad menentang kafir ...
Kafir yang memerangi kita ..walaupun kita bebas daripada serangan fizikal tetapi kita diserang dari segi pemikirannya ..seperti media yg mempamerkan cerita berkaitan hantu , seram ,keganasan..mendidik ke arah yang tidak baik ‘Bini-bini ku gangster ‘ kate ustaz tu (Fadzil Nampak ni mati la saya..hehe..ustaz cakap ye Fadzil..saya sampaikan aje..penerimaan..individu ye)..point ustaz adalah ini semua serangan secara halus yang mampu membawa kepada kemudaratan ..remaja dan anak muda mengikut kerana terikut-ikut ..secara tidak lansung..medium sebegini boleh memerangi agama . Selain itu juga dari media cetak yang mempamerkan kekafiran dari segi pakaiannya , makanan , minuman, pesta, hiburan dan lain-lain yang menjadi ikutan anak-anak muda pula. Makanan dari org Islam yang ada satu tanda halal pon belum tentu halalnya ..ini pula makanan org kafir yang ada 10 tanda halal pon belum tentu halal..jadi berjihadlah untuk perangai ini..tahu kebenaran sesuatu yang kita lakukan itu..adalah selaras dengan hukum..hukum jangan dibahas..begitu kejadiannya..begitu laa ikutan nya..

2 : Jihad menetang orang fasik
Orang fasik ini siapa?..orang fasik ini terdiri dari orang Islam sendiri yang memperlekehkan agama Allah SWT , Yang menolak ilmu islam ,yang menghina islam dan sebagainya .kenapa perlu tentang mereka..kerena mereka adalah orang-orang yang penuh agenda..sentiasa berfikir utk menetang agama islam..dan kita wajib tentang...mereka mengejar kekayaan harta ...sehingga sanggup menindas agama...dan Allah pernah cakap yang ‘bila datang satu kejayaan itu, itu juga dari Aku’
Jadi bagaimana ingin mendapat sesuatu kejayaan ,dengan selalu mengingati Allah SWT..percaya pada Dia...Puji-pujian untuk Dia..sampai masa Dia akan bagi. ‘ Kalau diambil semua yang ada atas bumi ini untuk menyatukan semua hati manusia..sampai masa Allah satukan..’ berjihad lah dengan kuasa yang ada , iman yang ada dan harta yang ada..insyaAllah..tak perlu berlawan dengan ratusan orang atas sesuatu yang mereka lakukan ..ikut kemampuan..

3 : jihad menentang iblis
Masa disuruh menyembah Adam..syaitan dan iblis lah paling angkun dan sombong tidak mahu sembah Adam..kenapa?..sebab mereka tahu mereka lebih bijak dan pandai..dan tak dinafikan memang iblis ini pandai..secara tak lansung kita membiarkan mereka berleluasa...seperti project pembinaan tempat-tempat maksiat..tempat-tempat yang melalaikan..yang dapat project itu adalah iblis..tapi tak boleh dizahirkan..disubconkan kepada manusia..itu laa syaitan dan iblis...dia tak tido...dia bagi manusia tido.sampai lalai solat,,lalai kerja dan macam-macam..makhluk yang licik dan pandai..itulah syaitan yang tidak rehat tidak tido..
Sebab itu nabi tido dia akan baca ayat Kursi 3 kali , dan 3 kul dan disapukan dibahagian tertentu badan...untuk muda bangun subuh tanpa diganggu syaitan..

4 Jihad pada Diri sendiri
Contohnya adalah ke masjid..menghadiri majlis ilmu..lepas dah hadir majlis ilmu..praktikkan...selapas itu ajar pada orang lain..tapi sebelum tu diri haruslah praktikkan..Belajar tentang hukum Allah SWT...jadikan natijah hidup...selalu berjemaah..pergi ke masjid..tegakkan agama Allah SWT..
Ibadah haji :..ibadah haji itu perbuatan..doa itu boleh dibaca dalam bahasa apa pon..Tapi solat..mesti dibaca dengan ayat al quran..tak boleh dalam bahasa lain...Haji yang Allah terima balasanan nya tiada lain selain syurga..
Haji dan umrah mabrur :..masa bila dapat mabrur tu?..bukan masa di tanah suci..bukan masa di klia..masa kita dah balik betul..kita sentiasa ke masjid berjemaah...kita jadi rajin membaca Quran..kita jaga pertuturan kita..kita jaga hukum hakam Allah..kita betulkan diri kea rah kebaikan..masa itulah Haji atau umrah yang kita kerjakan itu dpat mabrur atau tidak..bukan semasa disana kononnya sembahyang jemaah tak tinggal mengaji berpegang pada 100 kali ganda ganjaran tapi balik sini..sama sahaja..jadi itu tidak dikira mabrur nyer.wallahualam...
Thank u for reading...:) salam wbt



No comments: