assalamualaikum wbt brother and sisters
Tazkirah Maghrib tadi disampaikan oleh seorang ustaz yang baru pertama kali sampai ke surau Mawaddah..namanya Ridzuan Hashim berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Jadi hadith yang ustaz huraikan malam tadi adalah hadith ini..
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Semua umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan.” Sahabat bertanya, “Siapa yang enggan, wahai Rasulullah saw.?” Beliau menjawab, “Barangsiapa yang mentaatiku masuk surga, dan siapa yang maksiat terhadapku (tidak mentaatiku) maka ia adalah yang enggan.” (HR. Bukhari)
Jadi penjelasan untuk hadis ini adalah ISLAM ini bukanlah agama pada lisan atau pada lidah sahaja.ia haruslah dibuktikan dengan amalan. Keengganan dengan perbuatan/amalan maka lisannya tidak boleh pakai lagi. Oleh itu siapa yang taat -mereka adalah mereka yang hendak ke syurga Allah...dan sesiapa yang mengingkari -maka mereka tergolong dalam golongan yang tidak mahu ke syurga Allah.
Jika diikutkan logik akal..siapa yang tidak mahu ke syurga..semua orang dalam dunia ni baik yang tidak solat..baik yang kafir sekalipon ..jika ditanya pada yang bukan Islam sekalipon..'kamu mahu ke syurga atau neraka?'..dan mereka bertanya pula ' syurga itu apa..neraka itu apa?'..lalu dijawab..'syurga itu dipenuhi segala yang indah-indah yang tidak mungkin akan dapat dibayang oleh akal manusia..dan neraka itu adalah tempat yang apinya 70 kali daripada api di bumi..'..maka semestinya mereka akan menjawab ..mereka hendak masuk syurga ..INI ADALAH SALAH SATU LISAN..MAHU KE SYURGA TAPI SEKADAR LISAN..
Satu lagi contoh lisan..seseorang itu berdiri setiap hari menyebut yang dia nak masuk syurga ,nak masuk syurga..berdiri dan berdoa tapi tidak taat kepada perintah Allah SWT ..maka dia tergolong dalam golongan yang enggan ke syurga Allah SWT. Tahap keimanan seseorang bukan diukur melalui ucapan semata-mata.
IMAN terdiri daripasda 3 perkara :
1- Pengakuan dengan lidah - Mengucap 2 kalimah Syahadah.
2 - Membenarkan dengan hati
3 - Beramal dengan anggota .terjemahkan apa yang diyakinkan di dala hati kepada perbuatan .
Apa sahaja perbuatan yang tidak merangkumi syarat yang pertama maka dia adalah kufur . Contoh pada zaman Rasulullah SAW. Abu Talib seorang pembela Rasulullah SAW..merpertahankan agama Islam tetapi pada saat- saat kematiannya Nabi SAW menyuruh dia melafazkan Laa illahailallah....Dia enggan..oleh sebab itu dia mati dalam keadaan kufur..
-Kalau seseorang itu mengaku dengan lidah , tetapi tidak diyakinkan dengan hati -golongan munafik
-Kalau mengucap, yakin dengan hati tetapi tak ada amalam seolah-olah tunduk kepada dunia - golongan fasik dan zalim
Dan semua golongan ini semuanya akan ke neraka . Kafir dan munafik akan kekal di dalam api neraka . manakala fasik dan zalim tengok pada keadaan . mereka akan kekal jikan mereka derhaka dan menghina agama ditahap melampaui batas..mereka juga akan kekal di dalam api neraka.
Iman yang sempurna mesti merangkumi 3 aspek ini secara menyeluruh.
Rasulullah SAW menegaskan ' Iman itu bukan dengan angan-angan atau perhiasan lahiriah. Melalui ucapan (slogan atau tema).Tapi iman yang sebenar adalah sesuatu yang tertera di dalam hati dan diiringi dengan amal soleh' .
Iman dan amal saling berkait rapat antara satu sama lain .Iman tanpa amalan - tidak sempurna...Amal tanpa Iman - tidak diterima...semuanya mesti beriringan .
Pada zaman Muktazilah, Jabariah..terdapat satu golongan yang menggelarkan diri merekan Murji'ah yang menyatakan Iman dan amal tidak perlu beriringan. Golongan ini adalah golonga yg berlawanan dengan sunnah wal jamaah. golongan ini telah lama hilang tetapi hari ini..kepercayaan yang dibawa golongan itu masih ada yang mengamalkan nya..antaranya...mereka yang berkata contohnya..: 'saya nmpk sahaja berpakaian begini (atau melakukan perkara yang ditegah agama)..tapi hati saya baik ' dan sewenangnya mengeluarkan hadith Allah SWT ' Allah taala tidak melihat pada paras dan zahir seseorang ,Allah taala tgk pada hati' - Mereka melihat dari kaca mata yang berbeza dimana mereka membezakan lahiriah dan batiliah . sedangkan lahiriahlah yang akan menggambarkan batiliah . Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jadi jika seseorang itu mentaati perintah Allah SWT maka baiklah jiwa dan hatinya .Jiwa yang sakit akan diterjemahkan kepada lahiriah melalui perkara maksiat dll.
Ulama ada menyebut , Amal yang baik dan soleh itu ada 2 perkara :
1 - Hendaklah dilakukan kerana Allah SWT
2 - Betul dan memenuhi kehendak syariah.
Imam Ghazali ada menyebut..2 jenis dosa dalam perkara ini.. satu adalah tidak dilakukan kerana Allah SWT...dan jika dilakukan kerana Allah SWT ..tetapi perkara yang dilakukan itu maksiat maka ia akan dikira sebagai..maksiat dan memperlekehkan agama..Niat yang baik..cara yang salah - berdosa..contohnya concert bantuan tanah runtuh tetapi mejalankan concert besar-besaran untuk mengutip derma...'Kami pasti akan merasakan azab yang sedikit di bumi ,agar mereka diberi peluang untuk insaf' ..
Satu lagi penjelasan tentang hadith berkaitan 'Allah taala tidak melihat rupa paras dan penampilan .tetapi hati ' maksud ayat ..bukan lah rupa orang itu yang tidak menutup aurat atau sebagainya tidak di ambil kira jika disebabkan dia sentiasa bersedekah di semua tempat..yang salah tetap salah..berbalik kepada 3 syarat keterapan iman dan pelaksanaan nya yang harus bergerak seiring..contoh untuk hadith diatas adalah jika ada seorang lelaki yang berjubah bersih ,berserban siap berselendang hingga ke bahu..solat di surau..nampak zahir nya sempurna ..tetapi jika hatinya berniat untuk menunjuk-nunjuk ..dan ada lagi seorang yang berpelikat dan berbaju lusuh tapi amalannya seikhals hati...maka itu lah yang dimaksudkan.Allah tidak memandang paras rupa..tetapi hati ...
Jika seseorang berpakaian seksi dan mengaku berniat baik ..niat sekadar menghiburkan orang..menggembirakan orang di majlis-majlis ...maka niat baik itu boleh dikira maksiat...kerana mempersendakan Allah ..
Salah satu contoh adalah Nabi Ibrahim S.A. yang dapat menjelaskan Islam sebenar.dimana ketika mana tuhannya berfirman kepadanya 'Islamlah kamu..' jawab Ibrahim 'aku Islam dan menyerah diri kepada tuhan sekelian alam'...Nabi Ibrahim tidak sekadar mengucapkan dengan kata-kata/lisan sahaja.. Dia menyebelih anaknya Ismail apabila turun perintah padanya untuk berbuat demikian..Itulah hakikat Islam yang sebenar.ujian Allah SWT pada Ibrahim dan Ismail...dan Ismail juga tidak membantah..'wahai ayahanda,laksanakanlah seperti yang diperitahNya.nescaya kau akan melihat aku tergolong didalam golongan orang yang sabar' ..Ibrahim melaksankan perintah itu bukan seperti harini yang semuanya mengikut logik akal dan bukan Iman..walaupun perintah itu diluar logik tapi Ibrahim A.S tetap beriman kepada Allah SWT dan menurut perintah.
Harini mereka bercakap tentang hukum yang tidak sesuai disebabkan oleh masyarakat majmuk ..masyarakt majmuk itu siapa yang buat? ...Allah SWT berfirman :' wahai manusia sesungguhnya aku jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa supaya kamu kenal-mengenal ..sesungguhnya yang paling baik disisi Allah adalah yang paling bertakwa diantara kamu '...jadi bagaimana boleh dikatakan yang hukum Allah hanya boleh dilaksanakan apabila semua orang di dalam satu tempat itu menganut agama Islam..sedangkan Allah yang menciptakan masyarakat yang majmuk itu tadi dengan hukum-hukum Nya..
pada ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya.Ada pihak yang menghalang.Pihak yang cuba membuktikan Islam yang sebenar kononnya..siapa kan pihak itu..SYAITAN..makan disitulah jadinya perinstiwa melontar di dalam ibadah haji.
ISLAM TURUN DI ARAFAH DENGAN KEADAAN YANG SEMPURNA.AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH SWT..YANG DIBAWA OLEH PARA NABI DAN SAHABAT MAKA KITA MESTI MEMBAWA DIA BALIK DALAM KEADAAN YANG SEMPURNA.
insyaALLAH..sekian sahaja..selamat tidur..:)..salam wbt
No comments:
Post a Comment