Thursday, December 29, 2016

2017 Money Saving Challenge


Assalamualaikum wbt everyone. Hope that all of you are doing fine today, It is Friday and it is a beautiful day of barakah . InshaAllah.

Okay harini saya nak share with all of you about this one awesome '2017 Money Saving Challenge' which I think it is such a good idea terutamanya untuk orang yang macam saya. Found it on Facebook, I didn't invented it but whoever invented it, YOU ARE GENIUS!!.. May Allah grant you for being genius inshaAllah.

Apakah itu 'orang yang macam saya' . First of all , I am married Alhamdulillah. So bila dah kahwin ni banyak la benda nak buat , nak travel laa ..nak try something new laa.. nak ada year end holiday laa etc. And the best part of all yang nak nak nak tu semua kena ada.. Duit!.. And i do have my own saving and not so good part of my saving adalah semua dalam satu account.. retirement laa , emergency laa , semua laa..And menjadi seorang yang sangat berhati-hati dalam kekalutan bila cakap nak travel ke nak guna untuk itu ini rasa macam okay taknak pakai saving tapi kene pakai juga ..lepas tu risau ..what if ada big emergency..duit dah terpakai dah..alamak panic..Die!..ok lebih-lebih plak.. so most of the time, saving tu akan terguna owhh sekali dengan retirement katanya tadi..oohhh nooo..

That is me, my husband pula.. kalau ada saving let say duit poket dah nak abis, dia akan bagi suggestion yang I hate it so much laa.. iaitu..ok pinjam dulu duit saving.. like right! we will definitely pay back kan..right ..genius!..haha.. So that is why the '2017 MONEY SAVING 52  WEEKS CHALLENGE ' ni sangat genius.. 

How does it work? Okay dalam tahun 2017 ni , ada 52 weeks ..(sebab some months ada 5 weeks ..get over it) so senang je Minggu 1 - RM 1... Minggu 2 -RM2 sampai laa Minggu 52 -RM52.. kalau tgk dekat table tu , Fisrt Month which is January ..korang kene simpan RM 10 je.. and Bulan Terakhir nak sakit sikit pon RM250.. itu paling banyak dalam sebulan.. and cuba teka.. by the time bulan Dec yang korang nak gi travel ke ..or macam kitaorg anniversary on January 3rd.. korang dah ada RM1378.. itu kalau sorang kalau dua orang?..kan banyak...

So for those of you yg nak try, silakan sangat digalakkan, lebih baik untuk simpanan untuk digunakan tahun tu.. if retirement punya saving seelok-eloknya same amount every month..ikut kemampuan and takde pinjam-pinjam or terguna sampai laa korang pencen..

Jadi selamat semuanya...Selamat Tahun Baru 2017

Salam.

-NM-

Wednesday, December 21, 2016

Pesanan Tuan Guru Haron Din

4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah...
☺☺

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din

Tuesday, August 23, 2016

Dish Drops Concentrated Dishwashing Liquid AMWAY

Assalamualaikum wbt everyone.

Lama rasanya tak menulis blog entry. Semoga kalian semua dalam keadaan yang baik-baik hendaknya la ye. ;););)

Okay ..harini saya nak bercakap tentang 'home and living tips' so saya akan mulakan dengan perkara yang sangat-sangat mudah tetapi sangat laaa penting bagi seorang wanita/isteri/ibu iaitu mempunyai dapur yang sentiasa bersih dan selamat dari bakteria dan kuman.

Lets get straight to the point. Sabun mencuci pinggan mangkuk (penting kan kan) .Saya memilih product AMWAY Dish Drops Concentrated Dishwashing Liquid. KENAPA??

First time saya try product ni semasa Hari Raya Puasa di rumah mertua saya.Dimana pada masa tu seperti yang akak-akak sedia maklum memang banyak laa pinggan mangkuk kan. Saya rasa kagum dengan kuasa dish drops ni menanggalkan minyak pada bekas-bekas plastik. Bayangkan laa minyak-minyak dari rendang and lemang masa raya tu (sedap la pulak) sekali cuci je terus bersih. Terus masa tu juga saya berbisik pada suami, 'nak gi Amway la nanti beli barang'. And now, saya menggunakannya di rumah saya..yeaa... kagum betul bila tengok gelas kaca bersinar, makanan yang dah kering dalam pinggan dek kerana asyik tengok TV pon mudah dibersihkan.

Satu lagi, ia mungkin sedikit mahal tapi kalau dibandingkan dengan ketahanan satu botol seliter tu saya rasa, sangat berpatutan. Satu bahagian Dish Drops ni perlu dicampurkan dengan 3 atau 4 bahagian air. Lepas tu bila nak guna, basahkan span dan tuang sedikit atas span dan terus mencuci.Jimat! kuantiti campuran adalah bersamaan sebotol sabun pencuci yang di kedai tu tapi kualiti nye lebih baik dari itu.

Walaupun cecair pencuci ini boleh dikatakan concentrated atau 'kuat' , Ia tidak akan merosakkan kulit macam cucian lain yang mempunya chemical. Dish Drops ni mampu melembapkan kulit kerana mengandungi pelembab AHA dan aloe vera. 'Hard on dirt and germs but mild to your skin'..jadi siapa-siapa yang ada sensitive skin, sila cuba!!

1 liter Dish Drops Liquid mampu menghilangkan 10kg minyak atau 30000 pinggan.banyak tuuu...

Jadi bertukarlah pada produk yang lebih selamat , berkualiti dan tahan lama. Selama mencuba. Jom order ramai-ramai.

Bagi yang nak cuba boleh whatsapp Kak Nur - 017-5155546

1 liter
RM 40.70

Botol sukatan (500ml)
RM6.50