Friday, October 21, 2011

TEMPAT TERBAIK SOLAT SUNAT

assalamualaikum wbt everyone..selepas solat fardhu yg disyariatkan untuk kita melakukan solat sunat ba'diah ialah Zohor, Maghrib dan Isyak .dan ini ada tercatat hadis sahih yang menyebut Rasulullah SAW menggalakan kita semua melakukan solat sunat ba'diah.

Topik harini saya terbaca dari salah satu majalah tempatan (Fardhu Ain hasil tulisan Ustaz Mohd Subri Abdul Rahman Al Hafiz)..ia berkenaan tempat yang paling sesuai dilakukan solat sunat selepas solat fardhu ,adakah yang afdalnya dia bersolat di tempat dia buat solat fardhu ataupun perlu berpindah..

Ada sedikit percanggahan riwayat sahabat disini dimana ada yang mengatakan Nabi SAW mengerjaka solat sunat di termpat yang sama..da ada hadis yg Nabi SAW memerintah seseorang untuk berpindah.

TIDAK PERLU BERPINDAH
hadith yg berkaitan dengan ini adalah riwayat imam Al-Bukhari daripada Nafe' r.a katanya : "Sesungguhnya Abdullah Ibn Umar telah solat di tempat beliau mendirikan solat fardhu ."

Athar yang disebutkan Imam al Bukhari di dalam kitabnya , sahih menyatakan bahawa perbuatan yg dilakukan Abdullah Ibn Umar r.a turut dilakukan oleh Qasim dan Salim.daripada Ubaidillah bin Umar : Sesungguhnya aku telah melihat  Qasim dan Salim melakukan solat fardhu dan solat sunat di tempat yg sama.Jadi ketiga-tiga Arthar ini telah membuktikan dalam kalangan sahabat r.a yang mengerjakan solat sunat pada tempat didirikan solat fardhu.

SUNAT BERPINDAH

3 riwayat Rasulullah SAW :

" Adakah seseorang kamu tidak berupaya untuk bergerak ke hadapan atau undur ke belakang ,ke kiri atau ke kanan untuk melaksankan solat sunat rawatib"

"Apabila seseorang kamu ingin solat sunat selapas solat fardhu, maka hendaklah dia bergerak ke hadapan"

riwayat imam muslim daripada Saaib bin Zayid:
"sesungguhnya beliau telah mengerjakan solat Jumaat bersama-sama Muawiyah r.a .Selepas itu beliau telah melakukan solat sunat Muawiyyah r.a lantas berkata kepadanya ; apabila selesai Jumaat makan jgnlah kamu solat sunat di tempat yang sama di tempat yang sama sehinggalah kamu telah bercakap-cakap atau kamu telah keluar iaitu berpindah dari tempat solat kamu.Maka sesungguhnya Nabi SAW telah menyuruh kami melakukan sedemikian"

Ali r.a: " antara amalan sunnah ialah seorang imam tdk melakukan solat sunat sehingga berpindah dari tempat solat fardhu"

berdasarkan hadis-hadis tadi..jumhur ulama iaitu Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali  menghukumkan sunat berpindah tempat solat untuk solat sunat selepas fardhu .dijelaskan Imam Ibn Batthol  :
"ulama berpendapat bhw seorang imam solat fardhu tidak boleh (makruh) menunaikan solat sunat di tempat beliau menunaikan solat fardhu.Imam Ali Syaibah telah menyebutkan suatu kenyataan daripada Sayidina Ali r.a : 'tidak harus iaitu makruh bagi seorang imam menunaikan solat sunat sehingga beliau berpindah dari tempat solat fardhunya ataupon menyelangi dengan percakapan..Abdullah Ibn Umar r.a pula menghukum makhruh hanya kepada imam.manakala mukmim atau solat bersendirian adalah harus."

selain itu Imam Al-syaukani di dalam kitabnya menyebut  alasan kenapa disunatkan pindah tempat adalah kerana untuk memperbanyakkan tempat sujud.kerana tempat sujud ini akan menjadi saksi begi si pelakunya (Firman Allah SWT : ' bumi pon menceritakan khabar beritanya')...maksud ayat adala bumi tempat kita beramal akan menceritakan amalan yang dilakukan padanya .malah apabila ditafsirkan firman Allah SWT bermaksud ' ketika dibinasakan merekatidak ditangisi oleh langit dan bumi.' menyatakan " sesungguhnya seorang mukmim apabila meninggal dunia ,muka bumi menjadi tempat sujudnya dan langit yang menjadi tempat laluan pahalanya amalan akan menangis "

alasan ini menuntut untuk kita berpindah tempat solat dari fardhu ke sunat..kalau tak pindah ,yang sepatunya yg dilakukan adalh pisahkan denga percakapan..ini berdasarkan kepada hadis yang melarang daripada menyambung satu solat itu sehinngga ia berpindah atau bercakap.Jika merujuk kepada amalam di negara kita yang berwirib panjang selepas solat fardhu..ia sudah menepati alasan bercakap atau berpindah.jadi kalau imam solat sunat di tempat yang sama selepas berwirib ia sudah menepati sunnah..insyaAllah..

CARA BERPINDAH DARIPADA TEMPAT SOLAT FARDHU SAMA ADA KE DEPAN, KE BELAKANG, KE KANAN ATAU KE KIRI...MUDAH!..:)..salam wbt..

No comments: