Friday, November 11, 2011

What triggered me to wear hijab..:)..

assalamualaikum wbt everyone.. kakak saya dan ada ramai lagi bertanyakan soalan yang sama - 'what/who triggered me to wear hijab?' dan saya tak mampu nak menjawab soalan itu dalam ayat yang sangat pendek sebab memang perjalanan itu bukan atas dasar memakai semata-mata..tapi kalau jawab Allah SWT dan RasulNya..macam tak menjawab soalan pula .jadi saya akan ceritakan sedetail yang boleh dekat sini.dan jika sesiapa yang membaca rasa macam saya cuba untuk menunjuk-nunjuk atau buat-buat pandai sila berhenti setakat ini sebab saya memang susah nak cerita benda ni pada semua orang sebab takut salah niatnya nanti .

Pencarian tentang hijab tu bukan dari beberapa bulan lepas, atau lepas balik umrah tapi dah lama dah.dalam pencarian itu banyak yang saya dapat simpulkan..ada bertanya pada yang saya rasa berilmu dalam bidang ini tapi jawapan masih pada tahap yang kurang membantu..saya melalui banyak stage untuk sampai ke tahap ini.antaranya persoalan yang selalu membantutkan hasrat 

- Kenapa ada yang dah berhijab ,boleh buka hijab depan teman lelaki ..dan ada time boleh buka contoh waktu bersukan atau keluar sekejap dari rumah untuk pergi kedai?.. kerana bagi saya memakai hijab itu sesuatu yang sangat berat..dan kalau kita dah mula berhijab mungkin kita akan susah nak nak tunjuk aurat yang lain..sebab bagi saya berhijab adalah stage paling atas dalam menutup aurat bagi saya secara peribadi..jadi bila saya menutup kepala , bahagian lain sudah pasti saya dah tutup dari awalnya..and apa yang fear saya adalah bukan kenapa mereka mereka mereka begitu .. saya takut saya akan buat benda yang sama..

- Keduanya kenapa perlu spend ratusan ringgit untuk tudung?..untuk baju?..dan kenapa digayakan dengan sangat pelbagai?..berfashion?..untuk apa?..untuk manusia?..betul ke jalan itu..kenapa ramai yang bertudung dan bangga lepas tu maksud tudung pon tak tahu..and again bila di stage ini saya sangat confuse sampai saya rasa tak ada baju yang boleh dipakai selain jilbab/jubah..haa sampai macam tu sekali..jadi disitu pon hajat terbantut..

-ketiganya macam mana nak menempuh kehidupan yang pastinya lain daripada dulu..sebab dah bertudung..banyak benda yg tak boleh buat..dan kesalahan meletakan solekan atas muka pon ada hukum yg harus dipatuhi..

disebabkan banyak soalan-soalan macam ni saya meletakkan pemakaian hijab tu selepas kahwin.sebab bagi saya mudahnya disitu sebab lepas kahwin di dunia ini ada satu manusia je yang kita kena taat iaitu suami.jadi kalau dia mengarahkan untuk berhijab..jadi mudahnya kerja memakai hijab itu ..Kemudian bila sudah ke umrah permintaan dan doa disana dimakbulkan satu-persatu alhamdulillah..sudah pastinya antara doa yang saya mintak agar jalan saya di bumi Allah SWT ini betul..dan pencarian saya dunia dan akhirat adalah untuk Dia .maka ditunjukkan lah satu persatu kebesaran Allah SWT ..yang pertamanya apabila meminta tentang jodoh..saya meminta specific apa yang saya nak ..dan dihantar lengkap begitu tetapi nak dipendekkan bukanlah yang terbaik untuk saya..jadi disitu saya belajar tak perlu ajar Allah SWT apa yang kita nak tapi berdoalah mintak yang terbaik untuk kita sebab sesungguhnya telah tercatat semua takdir kita dan bila Dia akan sampaikan pada kita .Doa itu adalah penambah pahala untuk bekalan kita kesana dan doa juga adalah ilham dari Dia dan apa sahaja yang diletakkan didepan kita itu baik atau buruk adalah untuk kita belajar untuk redha.dan bila kita redha semuanya akan terletak cantik insyaAllah..sesungguhnya Dia yang maha tahu. 

Saya juga didatangai sahabat-sahabat yang jujurnya belum pernah berjumpa tapi mereka manusia-manusia yg saya rasa tuhan sengaja hantar yang membantu meletakkan semuanya cantik .Mereka bercakap tentang bagaimana bila kita mengejar untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT ,maka Allah akan hantar bala tenteranya untuk menguji kita jadi ingat bila kita tahu jalan kita betul..jangan terlalu berfikir dengan apa yang orang cakap sebab memang tuhan tak bagi jalan itu pada semua orang..jadi setiap kali ada beban yang datang saya selalu cakap pada diri sendiri yang ini adalah petunjuk yg Allah berikan untuk memberitahu yang jalan saya betul . jadi redha.the moment kita redha kita lepaskan semua masalah itu pada Allah SWT ,He will fix everything perfectly ,He will send you rainbow..trust me..ini saya dah buat terlalu banyak kali kalau nak dibagi contoh masyaAllah terlalu banyak biarlah saya simpan buat makanan hati saya sendiri..:)..kenapa saya cakap saya tak tipu ..kalau tak percaya cubalah..sebab setelah saya study pasal agama ini sedikit sebanyak membuka mata yang sebenarnya segalanya dan tertulis..tak cukup duit ..tak pernah cukup..nak bagi dekat masjid serba salah takut tak cukup duit..nak bagi dekat anak ke dekat siapa-siapa kita tak bagi sbb takut tak cukup..tapi kita sedar atau tidak kalau tuhan nak ambil dari kita bila-bila sahaja Dia boleh ambil..dan kalau Dia nak bagi tiba-tiba ada je rezeki kita sebab semuanya dan tertulis..setiap masalah itu jawapannya dah tertulis..dan apa nak jadi lepas tu semua dah tulis dah..dan apa pon yang dia bagi baik atau buruk ada sebabnya dan itu yang terbaik untuk kita...And tuhan dah cakap aku dah beri petunjuk kepada setiap kamu ,terpulang pada kamu untuk ambil itu sebagai syukur atau kufur.pilih...dan jangan terlalu bersedih sbb kesusahan itu adalah ujian dan pengampun dosa..jgn kecil hati sbb boleh jadi kecil hati dengan Allah SWT..dan Allah tak pernah lupa..

Dan perlahan-lahan semua soalan terjawab ..jika ditanya tentang mereka yang berhijab tapi masih menghalalkan banyak benda ..membolehkan yang tidak boleh..jawapannya siapa kita untuk menilai.Tuhan sahaja yang boleh menilai dan menghukum dan Dia tak suka manusia menilai dan menghukum sebab Dia tak jadikan kita untuk itu.dan kalau kita melihat manusia lain ..jauhlah dari berfikir tentang keburukan mereka..mungkin berhijab tapi yang lain terdedah atau tidak berhijab.. jangan memburukkan mereka sebab kalau tuhan nak balikkan hati mereka..bila-bila sahaja mereka akan jadi jauh lebih baik dari kita .jadi biarkan sahaja mereka..berhenti bercakap..satu lagi kita bukan messenger .Rasulullah sahaja Messenger .kita sekadar reminder..dan jangan terlalu risau jika mereka menolak untuk ikut ajaran agama sebab tuhan dah cakap..kalau aku tak membalikkan hati mereka ,mereka takkan bergerak..dan kita tak harus risau sebab in the end my account is my account , your account is your account..dan terlalu mengambil tahu dan risau pasal org lain taknak berubah atau apa-apa ..nnt kita akan disoal kenapa buang masa fikir tentang dia padahal yang kita perlu fikir adalah tentang kita dan apa yang kita buat samada betul atau salah.

dan tentang issue berfashion ..sangat luas jadi ikut lah pemahaman masing-masing begitu juga dengan make up..fashion boleh apa jenis sekalipon tapi menutup aurat..dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk..atau untuk bertujuan perhatian manusia..jika itu tujuannya..tinggalkan..ia jatuh haram..ingat..sebab tu walaupun kita dah berhijab kita jangan terlalu yakin kita lebih dari mereka yang tak berhijab..boleh jadi kita sama sahaja..sebab kan benda-benda yang kita 'bolehkan'..memang ini jadi salah satu benda yang paling susah untuk saya pada mulanya tapi slowly saya meletakkan masalah ini satu persatu jadi saya end up..memilih tudung atau selendang..yang kosong..atau hitam...dan harganya lansung tak mencecah rm20 untuk setiap satu..kebanyakkan nya RM10..lebih dari itu saya takkan pandang pon..sebab saya rasa kalau saya beli sebab saya rasa bila pakai cantik..cantik untuk siapa?..untuk manusia?..hukum cakap haram ..selagi boleh elak..saya elak..sebab saya takut jadi menunjuk-nunjuk ..bercorak buat masa ini sangat susah sebab takut memakai untuk tujuan nampak cantik..kalau ikut Iman Muda boleh nak pakai jubah brand Levis sekalipon..tapi jangan sampai terniat untuk menunjuk-nunjuk..itu yang salah...jadi pasang niat..bila kita lilit tudung itu..biar dengan niat menutup jarang kain itu..begitu juga dengan makeup..jangan terlalu tebal ..kalau tak pakai nampak macam  orang sakit..jadi pakailah supaya nampak sihat dan bersih..sebab islam itu cantik..jangan tampilkan image yang murung dan menakutkan..tapi jangan tahap melebih2..menarik perhatian yg bila jalan orang cakap macam diva itu..haram bagi perempuan dan lelaki..jadi lelaki pon harus jaga jangan berpakaian menarik perhatian..

tentang menempuh orang keliling..saya meletakkan semua itu diatas tajuk redha..n again bila redha everything akan terletak cantik..my friends are still my friends..benda yang tak boleh dibuat atau tak elok untuk dibuat tuhan letak cantik macam saya dengan sendirinya tak berminat dan tak heran lansung la kalau diajak sekalipon tak ada lansung la teringin atau apa..alhamdulillah.harap2 ditapakkan iman ini berterusan dalam hati dan tidak berganjak2 ..ini juga janji tuhan..bila kita tolong Allah,Allah akan tolong kita..mana mungkin perbuatan yang baik itu dibalas selain dari yang baik?..jalan byk dipermudahkan..dan jalan untuk menuntut dan didekatkan dengan para ilmuan agama itu satu doa yang memang diminta hari-hari dan dimakbulkan tanpa byk soal jawab..alhamdulillah..

jadi pada suatu hari ..setelah berminggu rasa kurang selesa keluar tidak berhijab kerana ilmu di dada dah cukup..amalan sahaj tak ada..mula dengan berselendang ..dan pada suatu hari..saya tekad keluar beli selendang..dan malam 1st october saya ke studio untuk buat kerja..saya tekad mulai harini..i send back one part of me back to Allah SWT..n i pray everyday dikekalkan iman supaya tidak ambil balik that part of me back from Him..that is why u see me wearing my hijab even in front of my cousins..not that i don't love u like u guys are some kinda strangers..but that is the rule..and saya tak mampu nak bolehkan sebab i know kalau saya bolehkan benda yang salah itu balik..tak mustahil saya akan jadi macam dulu..sebab benda yang salah ni nak buat senang..sekali dah buat kita jadi okey untuk buat lagi..pasal tu bila orang nak buat something bad..orang lain selalu pesan..dont start!..dont start!...sebab syaitan dia perlukan kita mencuba je..yang lain dia biarkan sahaja sebab dia tahu kita akan rasa kita ok je tak rasa dosa , jadi kita buat lagi..

and mama ,paknyah ,and ramai lagi pernah suruh berhijab..mama pernah suruh masa di Makkah lagi lepas baik dari sakit..but masa itu lepas mama cakap..i said to myself..im not gonna do that..sebab saya takkan buat sebab saya akan buat sebab mama..sebab pak nyah..jadi baik tak payah buat..that is why orang yang tahu saya berhijab adalah orang yang jumpa depan-depan..termasuk lah mama n bapak..tahu dari orang lain..sebab again..not because i don't want to share it with my family..cuma ini komitmen saya pada tuhan bukan pada manusia..cukup Dia sahaja yang tahu..jadi macam itulah ceritanya..

lastly ..apa yang saya cuba buat sekarang slowly..adalah memberi komitmen pada Allah SWT..tak besar ..kecil..mungkin contohnya..mulai harini saya akan pakai baju lengan panjang..atau saya akan berhenti cakap buruk pasal 'seseorang'..jadi everytime kita nak cakap buruk atau orang cakap buruk pasal dia..kita akan tukar benda tu kepada baik..kita akan respond positive..lama-lama orang akan segan nak mengutuk pasal siapa-siapa dengan kita..contoh..lepas tu mungkin..mulai harini aku akan bangun solat subuh berjemaah di surau..jadi kalau betul2 tak boleh je kita tak buat..selain dari itu..kita akan rasa bersalah sebab komitmen kita tu pada Allah SWT..send back part by part of u to Allah SWT so that u dont have to carry so much bila masa kita sampai nanti..insyaAllah..:)..jangan buat sekadar boleh sebab kita pon taknak dapat sekadar ada je dari Allah SWT kan..jadi kenapa bagi Dia sekadar ada jugak..:) #remindertoself..so please pray for me agar ditetapkan iman dan setiasa berada di bawah petunjuk Allah SWT..thank u..so remember bila risau dan sedih dan marah...

'Only God can fix a broken heart , but u have to let him have all the pieces '



Thursday, November 3, 2011

JADILAH AHLI NERAKA YANG DIBEBASKAN.INSYAALLAH..:)

Assalamualaikum wbt brothers and sisters

Saya sudah berada di Perak bersama keluarga untuk meraikan Hari Raya Haji pada hari ahad nanti.Dan harini saya bukan nak berkongsi tentang hari raya tetapi saya nak berkongsi tentang sesuatu yang saya belajar pada bulan Ramadhan Mubarak lepas. Saya telah membaca satu buku tentang hikmah atau kelebihan bulan Ramadhan..dan saya rasa semua kita tahu tentang kelebihan bulan Ramadhan..dan salah satunya adalah 'AHLI NERAKA DIBEBASKAN'..jadi bila saya baca ayat itu ..yang terlintas adalah..'siapa ahli neraka yang dibebaskan ni?..belum kiamat ..belum dihisab..dah ada ahli neraka ke?..apa semua yang dah mati dah ada yang masuk ke neraka ke?..:/..)..very confused kan..I asked my mother, mama jawab dia tak terfikir pon pasal itu..okey..:)..dan saya rasa itu jawapan most of us..tapi tak apa..

Saya pon bertanya pada seorang kawan yang saya rasa orang yang lebih ilmu agamanya dari saya saudara A**** A***** (nama harus dirahsiakan kerana mungkin dikenali ramai..:)..)Jadi jawapan beliau sangat terus kepada level akalnya yang agak tinggi tentang agama..jawapannya dia tidak perlu tahu siapa yang berada di dalam neraka dan siapa yang dibebaskan..yang dia tahu ..dia perlu buat yang terbaik untuk tidak menjadi ahli neraka itu..dan apa sahaja yang ditulis Allah SWT itu ..tak perlu disoal hanya redha sahaja..Untuk someone yang macam saya yang memang suka tahu sedetail-detail tentang sesuatu..saya tak puas hati..

Jadi saya bertanya pada seorang lagi yang saya baru kenal pada waktu itu dan seorang yang tinggi ilmunya dar perbagai segi ..saudara A*** I******* (ini lagi tak boleh mention ..nanti kena marah..hehe..) first question yang dia tanya..dari mana saya dapat soalan itu?..hurmm..kerut dahi jugak nak jawab..'dari diri sendiri?..' (boleh?)..:)...And jawapan beliau berbunyi ' register untuk satu club , membayar yuran club..tapi tak join aktiviti '..okkeyy...saya jujurnya tak faham .. jadi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas..beliau bertanya pada seorang pendakwah yang dikenali dan jawapannya sangat jelas..jawapan ustaz itu adalah 

' Allah SWT itu Maha Tahu ,sesungguhnya Dia dah tahu siapa yang masuk ke neraka dan siapa yang masuk ke syurga..jadi bila dikatakan ahli neraka yang dibebaskan dari api neraka pada bulan Ramadhan adalah sebenarnya terdiri daripada kalangan kita yang hidup dan yang mati..Maksud bulan Ramadhan pula adalah..sesiapan yang mengerjakan amal kebaikan pada bulan Rmadhan sesungguhnya telah mendapat ganjaran atas kebaikan itu..jadi jika segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan itu dijadikan amalan yang berterusan sampai bila-bila..maka itulah yang dimaksudkan dengan keluar dari api neraka pada bulan Ramadhan '

Jadi kesimpulanya adalah jangan lah hamba kepada bulan Rmadhan semata-mata..berbuat kebaikan itu kerana Allah SWT dan jadikan amalan sepanjang hidup.tapi kenapa saya cakap pasal ni pada bulan DzulHijjah pula kan..ini adalah sebab..saya terbaca di tv semasa menonton tv alHijrah yang menyatakan riwayat timidhi kalau saya tak silap..yang berbunyi 

'tiada hari lain yang Allah mengeluarkan paling ramai ahli neraka daripada neraka selain hari Arafah (iaitu 9 DzulHijjah .esok)

...maksudnya sefaham saya..walaupun sebulan Ramadhan , Allah keluarkan ahli neraka..tapi pada satu hari ini Allah keluarkan palingg ramai..dan ingat ahli neraka itu terdiri daripada kita juga.. Allah SWT lebih tahu..jadi ambil kesempatan hari-hari terbaik dalam setahun ini (10 hari pertama DzulHijjah) untul berzikir Laailahailallah dan bertakbir..dan jgn lupa berpuasa ye..semoga kita semua dirahmati Allah SWT ..Insya Allah....#reminder for myself and you..:)..

sesiapa yang berpendapat lain.atau ada penjelasan yang lebih baik ..please share..thank u..:)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI..BE SAFE..DRIVE SAFE..EAT SAFE..EH?!..HEHE..SALAM

SOALAN UNTUK IMAM MUDA

assalammualaikum wbt
Di Malaysia banyak kita yang menutup aurat..no doubt..tapi ada satu lagi yang saya nak tanya..bersalaman sesama lelaki dan perempuan.dan ada yang bertudung pon bersalam dengan lelaki bukan muhrim..tapi tu tak apa lagi lah..dikalangan ahli keluarga..seperti saya dengan pakcik sedara, atok sedara atau sepupu saya yg bukan muhrim..sepatutnya tak boleh bersalaman kan ?..dengan orang luar mungin mudah untuk kita tak bersalaman...tapi kalau dengan sedara-mara..what is the best way to say no bila mereka nak salam..lagi-lagi yang dah berpangkat atok...dan adakah boleh jika saya mengenakan sarung tangan dan bersalaman dengan mereka..adakah itu dikira 'sengaja' bersentuhan dengan yang bukan muhrim juga?..atau ada cara lain yang lebih bagus untuk menolak tanpa menampakkan konon 'sangat islamic' padahal tak sangat..ataupon untuk tidak mengecilkan hati sesiapa..what is the best way..?..