Saturday, October 15, 2011

AMALAN BAIK DAN BURUK - kesimpulan (Kuliah Maghrib -Mohd Yusof Arbain)

assalammualaikum wbt brothers and sisters..
Kuliah Maghrib malam tadi agak menarik topiknya .membincangkan tentang amalan BAIK dan BURUK..seperti biasa saya akan explain mengikut pemahaman saya tentang kuliah tadi .Kuliah tadi disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Arbain . jadi saya akan terangkan sedikit sebanyak yang saya pelajari dari kuliah tadi..insyaAllah..

mulanya ,Ustaz menjawab soalan daripada jemaah yang hadir iaitu berkaitan..'tiada dalil tentang solat mengikut arah kiblat' ..jawab ustad 'memang tak ada tetapi mengadap arah kiblat adalah salah satu daripada 4 syarat sah solat..jadi kalau mahu solat itu sah..maka lebih mudah diikut syarat-syarat sah nya..'...memang ada Rasulullah SAW bersolat tidak mengikut arah kiblat..memang ada..jadi disitulah kita dapat contohnya..diadalam kenderaan...tidaklah diwajibkan mengikut arah kiblat.

Seterusnya berkaitan Tahlil...Isu ini hanya pendapat ulama...buka minda anda..jangan sempitkan pengetahuan...lapangkan pemikiran anda...Tahlil yang disalah faham orang melayu ...maksud tahlil itu sendiri ramai yang keliru...ucapan Laaillahh hailallah...itu adalah tahlil...jadi kenapa tidak boleh dibuat?..yang menjadi issue adalah bacaan ayat suci Al-Quran untuk orang yang telah meninggal..sampai atau tidak...ini adalah khilaf para ulama...memang dibahaskan..tapi kita org yang biasa jangan sentiasa menyalahkan khilaf...Imam Nawawi ada menyebut : Memang pengikut Syafie yang berpendapat bacaan ayat AlQuran untuk si mati tidak sampai ...(tetapi imam itu sambung) tetapi ada sedikit daripada mereka yang berpendapat ia akan sampai ...Jadi di sini yang terkenal dikalangan pengikut Syafie mengatakan tidak sampai..tetapi ada juga yang segelintir yang cakap sampai dan perbahasan nya setakat itu..jadi kalau kalian rasa sampai ..teruskan..tiada masalah ...tidak apa yang perlu diargue atau digaduhkan...jikan rasa tidak sampai..tidak mahu buat..tak perlu buat..rasa sampai..teruskan...:)...

ok jadi kita teruskan pada tajuk sebenar kuliah harini...Amalan Baik dan Buruk..


AMALAN KEBAIKAN
yang pertama : sabda Rasulullah SAW : (saya ringkaskan) Allah SWT menulis baik dan buruk dan menjelaskan.sesiapa yang berniat berbuat baik dan tidak membuatnya..Allah SWT akan menulis padanya satu kebaikan .kalau niat dan buat Allah SWT akan tulis kepadanya 10 kebaikan hingga 700 dan digandakan..kalau niat jahat..tidak buat..Allah tulis padanya satu kebaikan..jika  niat  jahat dan buat ..Allah tulis padanya satu kejahatan .(hadith riwayat al bukhari dan muslim)


catatan amalam kebaikan utk satu amalan sama dengan 10 kebaikan itu adalah sama untuk setiap kebaikan manakala gandaan lebih dari itu...bergantung kepada beberapa perkara

a : bergantung kepada Allah SWT ..atas seispa yang dikehendakinya sahaja .(surah al Nisak ayat 40)(surah al baqarah ayat 261)

 b. jenis-jenis amalan yang membolehkan pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda - contohnya : bersedekah : kerana apa?..kerana apabila kita bersedekah tertanam la biji benih yang ada 7 cabang dimana setiap cabang itu merangkumi 100 kebaikan yang akan berganda-ganda . 


c. Puasa : Allah berfiman : 'melainkan puasa kerana sesungguhnya ia dilakukan keranaKu dan Akulah yang akan membalas berdasarkan puasa itu.Dia meninggalkan keinginan syahwatnya,makanan dan minuman semata-mata keranaKu'...
disini diterangkan bahawa Allah SWT boleh memberi pahala sebyk mana yang Dia mahu bagi orang yang berpuasa kerana puasa adalah amalam yang dibuat untuk Allah SWT dan tiada tujuan selain dari itu ..dan ini bukan lah sekadar perpuasa di bulan Ramadhan..tetapi dia bila-bila sahaja.

AMALAN KEJAHATAN

hayati surah Al- An'am ayat 160 : ' dan sesiapa yang membawa amal yang jahat , maka dia tidak dibalas melainkan kejahatan yang sama dengannya , sedang mereka  tidak dianiaya sedikit pon.'

maksud ayat adalah sebarang kejahatan yang dilakukan..lansung tidak diganda sedikit pon dari kejahatan itu.

Tetapi , ada amal kejahatan yang digandakan kejahatan itu dan bertambah besar gandaannya..yes ADA!..

a : Kemuliaan masa atau sesuatu tempat ...
kemuliaan masa :-
apa maksud itu surah al Taubah ayat 69 :' susungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT ialah 12 bulan,yg telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa Dia menciptakna langit dan bumi, diantara nya ada  4 bulan yang haram (dihormati).Ketetapan yang demikian adalah agama yang lurus , maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangan Nya


ok yang ini sila focus sebab ramai kita tak tahu..4 bulan tersebut adalah ZULKAEDAH , ZULHIJJAH , MUHARRAM DAN REJAB ...ok kenapa bulan-bulan ini dianggap bulan yang dihormati . pada zaman dahulu bila munculnya bulan ini..mereka tidak akan berperang..ZULKAEDAH bermaksud duduk.pada bulan ini adalah bulan mereka duduk senyap..menyiapkan diri untuk menunaikan ibadt Haji...pada bulan ZULHIJJAH ..mereka sibuk melaksanakan ibadat Haji..MUHARRAM adalah apabila mereka pulang dari menunaikan Haji dan REJAB adalah bulan mereka sibuk utk beriap menunaikan Umrah...jadi ini menjadikan 4 bulan tersebut adalah bulan-bulan yang dihormati.Jika ditanya bulan yang mulia untuk beribadat selepas Ramadhan adalah di 4 bulan ini..

Qotadah berkata : 'Ketahuilah !sesunggunya kezaliman yang dilakuka pada bulan-bulan ini lebih besar kesalahannya dan dosanya berbanding yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.Sekalipon kezaliman adalah semua yang tidak berguna ,namun Allah berhak membesarkan apa shj yang Dia kehendaki '

jadi disini kita harus faham pada 4 bulan haram ini..kita harus menjaga semua amal kelakuan kita seperti kita menjaganya di Bulan Ramadhan kerana sesungguhnya segala yang kita buat (kezaliman ) pada 4 bulan ini kesalahan itu akan digandakan sebanyak yang Allah SWT mahu . dan bukan dicatit sekali dosa tu..berganda-ganda banyakkan..

 sesuatu tempat :_
Pada waktu haji
Pada waktu Haji ..sebarang maksiat dan kejahatan itu akan diganda-gandakan ..begitu juga berada di Masjidil Haram ..sesuatu kejahatan yang dilakukan di dlaam Masjidil Haram akan diganda-gandakan lebih sehingga 70 kali kejahatan biasa dan lebih . (Surah al Baqarah ayat 197 ) (surah al Hajj ayat 25)

Umar al Khattab : 'Sesungguhnya tindakan aku melakukan tujuh puluh dosa lebih aku sukai daipada melakukan satu dosa di Mekah'

Mujahid berkata ' Dosa-dosa digandakan di Mekah sebagaimana pahala-pahala juga digandakan disana'

b : kemuliaan dan darjat pelaku 

Surah al Isra ayat 74-75 - siapa yang dimaksudkan adalah para Nabi ..kerana mereka Nabi yang mulia dan jika melakukan kesalahan ...kesalahan itu akan digandakan..

surah al -Ahzab ayat 30-31 = isteri-isteri Nabi...mereka adalah istimewa jadi kesalahan mereka akan diganda dua..


BERKEMAHUAN MELAKUKAN KEBAIKAN

Berkemahuan melakukan kebaikan disini..nabi sebut (HAA MAA) bermaksud keinginan yang membara berkobar-kobar utk melakukan sesuatu..bukan sekadar lintasan hati..maksudnya ; jika seseorang itu hendak ke masjid berjemaah subuh..dia berniat bersungguh-sungguh ..menyuruh semua sahabat mengejut dia,mengunci jam dan lain-lain..jika dia tidak pergi maka dapat padanya satu kebaikan . tetapi..jika sekadar terdetik..' esok aku nak gi masjid subuh' sekadar lintasan..pahala 'niat melakukan kebaikan ' yang satu itu tidak dapat..

sabda Rasulullah SAW; sesiapa yang mahu melakukan kebaikan ,lalu tidak melakukan kebaikan namun Allah tahu dia telah melekatkan kebaikan itu pada hati dan bersungguh utk melakukanya , maka ditulis untuknya satu kebaikan'

jadi utk mendapat pahala satu niat itu bukan lah sekadar lintasan di hati..ia perlu dengan bersngguh-sungguh dan 'minajli' iaitu kerana Allah barulah kebaikan itu dikira.


BERKEMAHUAN UNTUK MELAKUKAN KEBURUKAN


Jika seseorang berazam melakukan maksiat atau kejahatan...dan tidak melakukannya kerana Allah akan dituliskannya satu kebaikan 

seseorang yang berazam melakukan kejahatan tetapi tidak dijelmakan dalam bentuk perbuatan .maksud disini..dia berniat tetapi tidak dibuat..tetapi tidak la ditinggalkan kerana Allah..maka kejahatan itu tidak dikira dan tidak ada kebaikan yang dicatat.

yang ketiga. seseorang yang bersungguh-sungguh nak melakukan kejahatan tetapi tidak dapat dilakukan kerana ada halangan takdir yang menghalang.contohnya : seorang pencuri yang telah berada dihadapan rumah yang hendak dicuri , tetapi tiba-tiba orang di dalam rumah buka lampu jadi niatnya terhenti .jadi dia masih dikira berdosa dan melakukan kejahatan..jadi ia akan ditulis sebagai kejahatan atau dosa kerana dia bersungguh-sungguh igt melaksanakan kejahatan itu .

sabda Rasulullah SAW ; 'apabila 2 orang Islam bertemu dgn kedua-dua pedang mereka ,maka pembunuh dan yang dibunuh itu akan ke neraka .mereka pon bertanya ' wahai Rasulullah , pembunuh ini memang patut ke neraka tapi kenapa yang dibunuh juga ke neraka?..baginda menjawab ; sesungguhnya dia juga bersungguh-sungguh ingin membunuh lawannya '

maksud ayat diatas : kalau kamu berlawan bertumbuk oleh sebab tidak puas hati atas satu sama lain..yang menumbuk jugak ke neraka yang ditumbuk juga akan ke neraka kerana kedua-duanya bersungguh-sungguh ingin mengalahkan yg lagi satu..bukan kerana isu bertumbuk..kerana bergaduh itu didalam niat yang jahat..

jadi itu sahaja buat kali ini...thank u ..salam wbt...ngantukk...

5 comments:

katijah said...

tahniah and thanks. I now understand better.

GR said...

surau al mawaddah kan? tak sangka ada blogger yang sama2 dengar kuliah kat situ :)

Newrulez Malik said...

mama : u're welcome..:)..

GR : ye betul..ada di sana jugak ke?..kuliah maghrib surau itu bagus..subuh pon bagus tapi selalu tak dpt turun subuh ..GR ni laki ke perempuan ni..:)

wan said...

perkongsian yang last tu amat2 membantu. jelas 'hadiah' buat kedua dua pihak. peringatan yg nyata. thanks a bunch

Newrulez Malik said...

wan :..alhamdulillah...thanx for reading..:)