assalamualaikum wbt everyone.
Pernah tak kita bila pada satu-satu masa dalam hidup kita ,kita rasa penat sangat selepas habis selesai semua beban tugas..atau rasa stress sangat dengan keadaan diri yang tak terurus..jadi sebagai perempuan ataupun sebahagian lelaki akan mencari sesuatu yang menenangkan..dan sebahagian kita akan mencari SPA..betul tak?..kenapa spa?..
Perasan tak..bila kita masuk sahaja ke dalam spa yang mampu menenangkan itu , kita masuk je kita akan terhidu bau yang segar yang wangi secara tak langsung mind kita dah set dah satu kebahagiaan..betul tak?..dan seterusnya apa yang akan kita alami?..kita akan dengar music yang perlahan di hujung-hujung telinga..ada yang kita tak faham pon maksud lagu tu tapi kita akan rasa tenang bila dibawa-bawa oleh alunan lagu dan nyanyian dalam lagu tu...sampai mampu menenangkan sambil kita diuruskan orang lain..lagu sebegini mustahil dapat mendatangkan mood marah..macam kalau tiba-tiba nak marah automatik dengan ada music begini dibelakang dimainkan ..pasti kita jadi susah nak marah-marah...bila tak marah mustahil untuk stress ..bila tak stress hati pon akan tenang kan..:)..dan di akhir semua treatment..kita pon akan keluar dengan wajah yang bahagia walaupun mereka hanya membuat benda yang kita boleh buat sendiri..tapi somehow kita rasa kita lebih cantik dari masa kita datang..kan?
sebenarnya bukan spa yang saya nak ceritakan..saya cuba menggambarkan impak yang diberikan oleh lagu-lagu di dalam album 'Zikir Terapi Diri' dari Hafiz Hamidun..Alunan music yang menenangkan dengan zikir-zikir yang selalu kita baca tapi dengan alunan yang berbeza. kalau kita perasan tempat yang seronok untuk dipergi seperti di hotel-hotel , boutique exclusive dll mesti ada music yang soft dimainkan sepanjang masa di dalam space itu..saya dah lama mencari music yang sebegini yang bukan dari 'opera' yang kebanyakannya saya tak faham , untuk saya mainkan di sambil saya melukis ataupun menbaca atau membuat kerja rumah lain..dan bila saya dengar album ini..inilah dia yang saya cari-cari..alhamdulillah..
Jadi , daripada kita mencari ketenangan apabila kita hanya memerlukannya , kenapa tidak bawa ketenangan itu kerumah atau ke 'personal space' kita supaya ketenangan itu kita dapat sepanjang masa..apa yang bijak tentang album ini selain daripada susunan music dan alunan zikir yang sedikit berbeza dan menarik..tajuk album itu sendiri dan berbunyi 'terapi'..'terapi diri'...kalau kita tengok semula..terapi yang album ini cuba bawa bukanlah terapi kecantikan kulit..atau kuku dan sebagainya..*so by listening to them..kulit anda takkan cerah..hehe* but but..terapi yang dimaksudkan ada terapi dalam diri..bila kita dengar music yang menenangkan kita akan bahagia ..bercantum pula dengan zikir-zikir yang mampu mensucikan hati ,melembutkan hati , secara tak lansung kecantikan hati itu kita bawa insyaAllah ke pergaulan harian kita ke tindak tanduk kita seharian which will make u look beautiful inside and out ...as a muslim ..inilah kecantikan yang kita dulukan..kecantikan untuk akhirat dan bukan kecantikan dunia
sebenarnya i am very happy dengan apa yang saya dengar ..sesuatu yang saya dah lama cari untuk pendengaran saya..and finnaaallllyyyy saya dapat..i'm a happy girl..yes i am!..hehe..jadi saya nak khabarkan pada semua supaya korang pon dapat dengar karya yang baik ini..insyaAllah.. Harap-harap this will not be the only album yang macam ni..harap-harap banyak lagi karya selepas ini yang macam ini ..dan saya rasa bukan saya sahaja yang suka album ini..bagi yang tak pernah dengar lagi lagu-lagu dalam album ini boleh la beli cd dengan harga yang tak mahal lansung hehe..RM19.90 je ..sangat berbaloi untuk karya yang sebaik ini..:)..
sekadar perkongsian ...thank you for reading...
kebetulan..bapak called. 'kak ngah yg awak cakap cd tu ustaz apa?'.me:ustaz?.bukan ustaz la.hafiz hamidun je.cari warna purple.bapak:k tu je bye -n- ...*haih nasib baik cakap bye...hehe..kena belajar lagi bapak ku pasal the art of letak phone..:D*
Monday, February 20, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Bahaya 'Baju Kelawar /Kaftan' Yang Kita Terlepas Pandang
Assalammualaikum wbt brothers and sisters..
Apa yang saya cuba sampaikan , kakak itu bukan seorang sahaja yang gemar berpakaian begitu untuk keluar 'sekejap' nak beli sardin atau top up di kedai dekat dengan kawasan rumah..wahai kaum Hawa...my sisters ..kaftan adalah pakaian untuk rumah..untuk warga rumah yang boleh melihat aurat kita..itupon kalau dengan saudara lelaki kita kena jaga..bukan tak boleh pakai keluar..boleh!..tapi pastikan ada pakaian dalam (kain dalam dan baju inner supaya kita tak membuka aib kita sendiri..ini bukan kaftan fashion yang RM500 tu ye uolls...ni yang kaftan
it had been a while since my last text..hope everyone is doing well insyaAllah...:)..alhamdulillah i'm finally done with my degree after 4 years..pheww...but the result still not out ..so please make doa for me..thank you
So before that, kenapa saya tak menulis lama..pertamanya sebab terlalu sibuk dengan tugasan semester akhir sampai tak sempat kemana-mana jadi tak ada bahan yang menarik nak dikongsi selain dari kerja..hehe...
I'm now at my hometown for 2 weeks break..so ada free time nak menulis.yea!..okey,harini nurul nak share pasal satu kejadian ni..cerita ni bertajuk 'Baju Kelawar' ..Pada suatu hari dalam jam 9 malam..saya dan kawan saya pergi makan, dan lepas makan pergi kedai runcit nak beli barang..saya tunggu di dalam kereta sebab kawan saya 'double park'..lampu kereta on..pendek kan cerita..ada laa satu kakak ni lalu depan kereta..opposite kereta saya juga ada kereta yang nak lalu yang lampu kereta itu jugak semestinya la terpasang ...jadi kakak yang bertudung, berjacket diatas kaftan lalu depan kami...dan saya telah terlihat satu benda yang memalukan (bagi saya)..iaitu saya boleh nampak kakak itu hampir separuh bogel melintas di depan saya untuk ke kereta dimana suaminya menunggu di dalam kereta..dan kawasan itu penuh dengan orang yang rasanya melihat kejadian itu..dan buat tak tahu sahaja sebab apa yang mereka mampu buat..?..termasuk la saya..kejadian itu sangat sekejap ..tak sempat saya nak bertindak..dan yang sedihnya saya rasa kakak tu tak tahu pon itu terjadi pada dia dan mungkin dia selalu berpakaian begitu tanpa dia tahu tentang itu...
Apa yang saya cuba sampaikan , kakak itu bukan seorang sahaja yang gemar berpakaian begitu untuk keluar 'sekejap' nak beli sardin atau top up di kedai dekat dengan kawasan rumah..wahai kaum Hawa...my sisters ..kaftan adalah pakaian untuk rumah..untuk warga rumah yang boleh melihat aurat kita..itupon kalau dengan saudara lelaki kita kena jaga..bukan tak boleh pakai keluar..boleh!..tapi pastikan ada pakaian dalam (kain dalam dan baju inner supaya kita tak membuka aib kita sendiri..ini bukan kaftan fashion yang RM500 tu ye uolls...ni yang kaftan batik yang biasa tu..yang biasa pakai kat rumah..yes ada kaftan begini yang tak jarang...ada!..dan harganya jugak mahal..dan memang boleh pakai keluar..itu mungkin tak apa..saya bercakap tentang kaftan yang hari-hari tu..saya rasa ramai faham yang mana kan..jadi please please..jangan pakai kaftan 'sahaja' tanpa pakaian yang didalam yang menutup aurat kita untuk keluar rumah..Sekadar berkongsi dan peringatan kepada saya dan semua.insyaAllah..thank you for reading..hehe..salam wbt
Wednesday, February 8, 2012
Sunday, December 18, 2011
Pieces of my mind.
'tersenyum sendiri lebih bermakna kerana ia pasti datang dari hati yang turut tulus meraikan kebahagiaan..' - Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'baik aku mula baca sesuatu sebelum aku mati segan' -Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'layankan bualan ..sbb senyuman bahagia itu jelas.. mungkin persaudaraan yg wujud sebelum kejadian lagi. '-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'beringat itu bagus..kedekut itu bahaya..'-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'kalau belum lebih pandai daripada yang dulu.. macam mana nak jadi yang sekarang?..mustahil untuk melayan yang sesuatu yang sudah tahu seperti lansung tidak tahu'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'penulisan ku pasti dari jari ku..dari apa yang datang dari akal ku..di ruang ku...kamu siapa?'.. -Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'bila kelemahan orang lain dibalas dengan kutukan ,makian dan hinaan..sudah jelas kita gagal dengan ujian tuhan.jelas kita yang lemah lansung terus ikut iblis'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'sesuatu yg bagi engkau sesuatu penipuan..boleh jadi sesuatu pembaharuan untuk orang lain'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'ramai yg enggan..itu lansung bahaya..tiada diantara'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'marah itu bukan sifatku..garang itu mungkin'...-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'baik aku mula baca sesuatu sebelum aku mati segan' -Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'layankan bualan ..sbb senyuman bahagia itu jelas.. mungkin persaudaraan yg wujud sebelum kejadian lagi. '-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'beringat itu bagus..kedekut itu bahaya..'-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'kalau belum lebih pandai daripada yang dulu.. macam mana nak jadi yang sekarang?..mustahil untuk melayan yang sesuatu yang sudah tahu seperti lansung tidak tahu'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'penulisan ku pasti dari jari ku..dari apa yang datang dari akal ku..di ruang ku...kamu siapa?'.. -Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'bila kelemahan orang lain dibalas dengan kutukan ,makian dan hinaan..sudah jelas kita gagal dengan ujian tuhan.jelas kita yang lemah lansung terus ikut iblis'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'sesuatu yg bagi engkau sesuatu penipuan..boleh jadi sesuatu pembaharuan untuk orang lain'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'ramai yg enggan..itu lansung bahaya..tiada diantara'..-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
'marah itu bukan sifatku..garang itu mungkin'...-Nurul Hanim Malik (Dec 2011)
Saturday, November 12, 2011
Friday, November 11, 2011
What triggered me to wear hijab..:)..
assalamualaikum wbt everyone.. kakak saya dan ada ramai lagi bertanyakan soalan yang sama - 'what/who triggered me to wear hijab?' dan saya tak mampu nak menjawab soalan itu dalam ayat yang sangat pendek sebab memang perjalanan itu bukan atas dasar memakai semata-mata..tapi kalau jawab Allah SWT dan RasulNya..macam tak menjawab soalan pula .jadi saya akan ceritakan sedetail yang boleh dekat sini.dan jika sesiapa yang membaca rasa macam saya cuba untuk menunjuk-nunjuk atau buat-buat pandai sila berhenti setakat ini sebab saya memang susah nak cerita benda ni pada semua orang sebab takut salah niatnya nanti .
Pencarian tentang hijab tu bukan dari beberapa bulan lepas, atau lepas balik umrah tapi dah lama dah.dalam pencarian itu banyak yang saya dapat simpulkan..ada bertanya pada yang saya rasa berilmu dalam bidang ini tapi jawapan masih pada tahap yang kurang membantu..saya melalui banyak stage untuk sampai ke tahap ini.antaranya persoalan yang selalu membantutkan hasrat
- Kenapa ada yang dah berhijab ,boleh buka hijab depan teman lelaki ..dan ada time boleh buka contoh waktu bersukan atau keluar sekejap dari rumah untuk pergi kedai?.. kerana bagi saya memakai hijab itu sesuatu yang sangat berat..dan kalau kita dah mula berhijab mungkin kita akan susah nak nak tunjuk aurat yang lain..sebab bagi saya berhijab adalah stage paling atas dalam menutup aurat bagi saya secara peribadi..jadi bila saya menutup kepala , bahagian lain sudah pasti saya dah tutup dari awalnya..and apa yang fear saya adalah bukan kenapa mereka mereka mereka begitu .. saya takut saya akan buat benda yang sama..
- Keduanya kenapa perlu spend ratusan ringgit untuk tudung?..untuk baju?..dan kenapa digayakan dengan sangat pelbagai?..berfashion?..untuk apa?..untuk manusia?..betul ke jalan itu..kenapa ramai yang bertudung dan bangga lepas tu maksud tudung pon tak tahu..and again bila di stage ini saya sangat confuse sampai saya rasa tak ada baju yang boleh dipakai selain jilbab/jubah..haa sampai macam tu sekali..jadi disitu pon hajat terbantut..
-ketiganya macam mana nak menempuh kehidupan yang pastinya lain daripada dulu..sebab dah bertudung..banyak benda yg tak boleh buat..dan kesalahan meletakan solekan atas muka pon ada hukum yg harus dipatuhi..
disebabkan banyak soalan-soalan macam ni saya meletakkan pemakaian hijab tu selepas kahwin.sebab bagi saya mudahnya disitu sebab lepas kahwin di dunia ini ada satu manusia je yang kita kena taat iaitu suami.jadi kalau dia mengarahkan untuk berhijab..jadi mudahnya kerja memakai hijab itu ..Kemudian bila sudah ke umrah permintaan dan doa disana dimakbulkan satu-persatu alhamdulillah..sudah pastinya antara doa yang saya mintak agar jalan saya di bumi Allah SWT ini betul..dan pencarian saya dunia dan akhirat adalah untuk Dia .maka ditunjukkan lah satu persatu kebesaran Allah SWT ..yang pertamanya apabila meminta tentang jodoh..saya meminta specific apa yang saya nak ..dan dihantar lengkap begitu tetapi nak dipendekkan bukanlah yang terbaik untuk saya..jadi disitu saya belajar tak perlu ajar Allah SWT apa yang kita nak tapi berdoalah mintak yang terbaik untuk kita sebab sesungguhnya telah tercatat semua takdir kita dan bila Dia akan sampaikan pada kita .Doa itu adalah penambah pahala untuk bekalan kita kesana dan doa juga adalah ilham dari Dia dan apa sahaja yang diletakkan didepan kita itu baik atau buruk adalah untuk kita belajar untuk redha.dan bila kita redha semuanya akan terletak cantik insyaAllah..sesungguhnya Dia yang maha tahu.
Saya juga didatangai sahabat-sahabat yang jujurnya belum pernah berjumpa tapi mereka manusia-manusia yg saya rasa tuhan sengaja hantar yang membantu meletakkan semuanya cantik .Mereka bercakap tentang bagaimana bila kita mengejar untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT ,maka Allah akan hantar bala tenteranya untuk menguji kita jadi ingat bila kita tahu jalan kita betul..jangan terlalu berfikir dengan apa yang orang cakap sebab memang tuhan tak bagi jalan itu pada semua orang..jadi setiap kali ada beban yang datang saya selalu cakap pada diri sendiri yang ini adalah petunjuk yg Allah berikan untuk memberitahu yang jalan saya betul . jadi redha.the moment kita redha kita lepaskan semua masalah itu pada Allah SWT ,He will fix everything perfectly ,He will send you rainbow..trust me..ini saya dah buat terlalu banyak kali kalau nak dibagi contoh masyaAllah terlalu banyak biarlah saya simpan buat makanan hati saya sendiri..:)..kenapa saya cakap saya tak tipu ..kalau tak percaya cubalah..sebab setelah saya study pasal agama ini sedikit sebanyak membuka mata yang sebenarnya segalanya dan tertulis..tak cukup duit ..tak pernah cukup..nak bagi dekat masjid serba salah takut tak cukup duit..nak bagi dekat anak ke dekat siapa-siapa kita tak bagi sbb takut tak cukup..tapi kita sedar atau tidak kalau tuhan nak ambil dari kita bila-bila sahaja Dia boleh ambil..dan kalau Dia nak bagi tiba-tiba ada je rezeki kita sebab semuanya dan tertulis..setiap masalah itu jawapannya dah tertulis..dan apa nak jadi lepas tu semua dah tulis dah..dan apa pon yang dia bagi baik atau buruk ada sebabnya dan itu yang terbaik untuk kita...And tuhan dah cakap aku dah beri petunjuk kepada setiap kamu ,terpulang pada kamu untuk ambil itu sebagai syukur atau kufur.pilih...dan jangan terlalu bersedih sbb kesusahan itu adalah ujian dan pengampun dosa..jgn kecil hati sbb boleh jadi kecil hati dengan Allah SWT..dan Allah tak pernah lupa..
Dan perlahan-lahan semua soalan terjawab ..jika ditanya tentang mereka yang berhijab tapi masih menghalalkan banyak benda ..membolehkan yang tidak boleh..jawapannya siapa kita untuk menilai.Tuhan sahaja yang boleh menilai dan menghukum dan Dia tak suka manusia menilai dan menghukum sebab Dia tak jadikan kita untuk itu.dan kalau kita melihat manusia lain ..jauhlah dari berfikir tentang keburukan mereka..mungkin berhijab tapi yang lain terdedah atau tidak berhijab.. jangan memburukkan mereka sebab kalau tuhan nak balikkan hati mereka..bila-bila sahaja mereka akan jadi jauh lebih baik dari kita .jadi biarkan sahaja mereka..berhenti bercakap..satu lagi kita bukan messenger .Rasulullah sahaja Messenger .kita sekadar reminder..dan jangan terlalu risau jika mereka menolak untuk ikut ajaran agama sebab tuhan dah cakap..kalau aku tak membalikkan hati mereka ,mereka takkan bergerak..dan kita tak harus risau sebab in the end my account is my account , your account is your account..dan terlalu mengambil tahu dan risau pasal org lain taknak berubah atau apa-apa ..nnt kita akan disoal kenapa buang masa fikir tentang dia padahal yang kita perlu fikir adalah tentang kita dan apa yang kita buat samada betul atau salah.
dan tentang issue berfashion ..sangat luas jadi ikut lah pemahaman masing-masing begitu juga dengan make up..fashion boleh apa jenis sekalipon tapi menutup aurat..dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk..atau untuk bertujuan perhatian manusia..jika itu tujuannya..tinggalkan..ia jatuh haram..ingat..sebab tu walaupun kita dah berhijab kita jangan terlalu yakin kita lebih dari mereka yang tak berhijab..boleh jadi kita sama sahaja..sebab kan benda-benda yang kita 'bolehkan'..memang ini jadi salah satu benda yang paling susah untuk saya pada mulanya tapi slowly saya meletakkan masalah ini satu persatu jadi saya end up..memilih tudung atau selendang..yang kosong..atau hitam...dan harganya lansung tak mencecah rm20 untuk setiap satu..kebanyakkan nya RM10..lebih dari itu saya takkan pandang pon..sebab saya rasa kalau saya beli sebab saya rasa bila pakai cantik..cantik untuk siapa?..untuk manusia?..hukum cakap haram ..selagi boleh elak..saya elak..sebab saya takut jadi menunjuk-nunjuk ..bercorak buat masa ini sangat susah sebab takut memakai untuk tujuan nampak cantik..kalau ikut Iman Muda boleh nak pakai jubah brand Levis sekalipon..tapi jangan sampai terniat untuk menunjuk-nunjuk..itu yang salah...jadi pasang niat..bila kita lilit tudung itu..biar dengan niat menutup jarang kain itu..begitu juga dengan makeup..jangan terlalu tebal ..kalau tak pakai nampak macam orang sakit..jadi pakailah supaya nampak sihat dan bersih..sebab islam itu cantik..jangan tampilkan image yang murung dan menakutkan..tapi jangan tahap melebih2..menarik perhatian yg bila jalan orang cakap macam diva itu..haram bagi perempuan dan lelaki..jadi lelaki pon harus jaga jangan berpakaian menarik perhatian..
tentang menempuh orang keliling..saya meletakkan semua itu diatas tajuk redha..n again bila redha everything akan terletak cantik..my friends are still my friends..benda yang tak boleh dibuat atau tak elok untuk dibuat tuhan letak cantik macam saya dengan sendirinya tak berminat dan tak heran lansung la kalau diajak sekalipon tak ada lansung la teringin atau apa..alhamdulillah.harap2 ditapakkan iman ini berterusan dalam hati dan tidak berganjak2 ..ini juga janji tuhan..bila kita tolong Allah,Allah akan tolong kita..mana mungkin perbuatan yang baik itu dibalas selain dari yang baik?..jalan byk dipermudahkan..dan jalan untuk menuntut dan didekatkan dengan para ilmuan agama itu satu doa yang memang diminta hari-hari dan dimakbulkan tanpa byk soal jawab..alhamdulillah..
jadi pada suatu hari ..setelah berminggu rasa kurang selesa keluar tidak berhijab kerana ilmu di dada dah cukup..amalan sahaj tak ada..mula dengan berselendang ..dan pada suatu hari..saya tekad keluar beli selendang..dan malam 1st october saya ke studio untuk buat kerja..saya tekad mulai harini..i send back one part of me back to Allah SWT..n i pray everyday dikekalkan iman supaya tidak ambil balik that part of me back from Him..that is why u see me wearing my hijab even in front of my cousins..not that i don't love u like u guys are some kinda strangers..but that is the rule..and saya tak mampu nak bolehkan sebab i know kalau saya bolehkan benda yang salah itu balik..tak mustahil saya akan jadi macam dulu..sebab benda yang salah ni nak buat senang..sekali dah buat kita jadi okey untuk buat lagi..pasal tu bila orang nak buat something bad..orang lain selalu pesan..dont start!..dont start!...sebab syaitan dia perlukan kita mencuba je..yang lain dia biarkan sahaja sebab dia tahu kita akan rasa kita ok je tak rasa dosa , jadi kita buat lagi..
and mama ,paknyah ,and ramai lagi pernah suruh berhijab..mama pernah suruh masa di Makkah lagi lepas baik dari sakit..but masa itu lepas mama cakap..i said to myself..im not gonna do that..sebab saya takkan buat sebab saya akan buat sebab mama..sebab pak nyah..jadi baik tak payah buat..that is why orang yang tahu saya berhijab adalah orang yang jumpa depan-depan..termasuk lah mama n bapak..tahu dari orang lain..sebab again..not because i don't want to share it with my family..cuma ini komitmen saya pada tuhan bukan pada manusia..cukup Dia sahaja yang tahu..jadi macam itulah ceritanya..
lastly ..apa yang saya cuba buat sekarang slowly..adalah memberi komitmen pada Allah SWT..tak besar ..kecil..mungkin contohnya..mulai harini saya akan pakai baju lengan panjang..atau saya akan berhenti cakap buruk pasal 'seseorang'..jadi everytime kita nak cakap buruk atau orang cakap buruk pasal dia..kita akan tukar benda tu kepada baik..kita akan respond positive..lama-lama orang akan segan nak mengutuk pasal siapa-siapa dengan kita..contoh..lepas tu mungkin..mulai harini aku akan bangun solat subuh berjemaah di surau..jadi kalau betul2 tak boleh je kita tak buat..selain dari itu..kita akan rasa bersalah sebab komitmen kita tu pada Allah SWT..send back part by part of u to Allah SWT so that u dont have to carry so much bila masa kita sampai nanti..insyaAllah..:)..jangan buat sekadar boleh sebab kita pon taknak dapat sekadar ada je dari Allah SWT kan..jadi kenapa bagi Dia sekadar ada jugak..:) #remindertoself..so please pray for me agar ditetapkan iman dan setiasa berada di bawah petunjuk Allah SWT..thank u..so remember bila risau dan sedih dan marah...
'Only God can fix a broken heart , but u have to let him have all the pieces '
Subscribe to:
Posts (Atom)
