Thursday, December 29, 2016

2017 Money Saving Challenge


Assalamualaikum wbt everyone. Hope that all of you are doing fine today, It is Friday and it is a beautiful day of barakah . InshaAllah.

Okay harini saya nak share with all of you about this one awesome '2017 Money Saving Challenge' which I think it is such a good idea terutamanya untuk orang yang macam saya. Found it on Facebook, I didn't invented it but whoever invented it, YOU ARE GENIUS!!.. May Allah grant you for being genius inshaAllah.

Apakah itu 'orang yang macam saya' . First of all , I am married Alhamdulillah. So bila dah kahwin ni banyak la benda nak buat , nak travel laa ..nak try something new laa.. nak ada year end holiday laa etc. And the best part of all yang nak nak nak tu semua kena ada.. Duit!.. And i do have my own saving and not so good part of my saving adalah semua dalam satu account.. retirement laa , emergency laa , semua laa..And menjadi seorang yang sangat berhati-hati dalam kekalutan bila cakap nak travel ke nak guna untuk itu ini rasa macam okay taknak pakai saving tapi kene pakai juga ..lepas tu risau ..what if ada big emergency..duit dah terpakai dah..alamak panic..Die!..ok lebih-lebih plak.. so most of the time, saving tu akan terguna owhh sekali dengan retirement katanya tadi..oohhh nooo..

That is me, my husband pula.. kalau ada saving let say duit poket dah nak abis, dia akan bagi suggestion yang I hate it so much laa.. iaitu..ok pinjam dulu duit saving.. like right! we will definitely pay back kan..right ..genius!..haha.. So that is why the '2017 MONEY SAVING 52  WEEKS CHALLENGE ' ni sangat genius.. 

How does it work? Okay dalam tahun 2017 ni , ada 52 weeks ..(sebab some months ada 5 weeks ..get over it) so senang je Minggu 1 - RM 1... Minggu 2 -RM2 sampai laa Minggu 52 -RM52.. kalau tgk dekat table tu , Fisrt Month which is January ..korang kene simpan RM 10 je.. and Bulan Terakhir nak sakit sikit pon RM250.. itu paling banyak dalam sebulan.. and cuba teka.. by the time bulan Dec yang korang nak gi travel ke ..or macam kitaorg anniversary on January 3rd.. korang dah ada RM1378.. itu kalau sorang kalau dua orang?..kan banyak...

So for those of you yg nak try, silakan sangat digalakkan, lebih baik untuk simpanan untuk digunakan tahun tu.. if retirement punya saving seelok-eloknya same amount every month..ikut kemampuan and takde pinjam-pinjam or terguna sampai laa korang pencen..

Jadi selamat semuanya...Selamat Tahun Baru 2017

Salam.

-NM-

Wednesday, December 21, 2016

Pesanan Tuan Guru Haron Din

4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah...
☺☺

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din

Tuesday, August 23, 2016

Dish Drops Concentrated Dishwashing Liquid AMWAY

Assalamualaikum wbt everyone.

Lama rasanya tak menulis blog entry. Semoga kalian semua dalam keadaan yang baik-baik hendaknya la ye. ;););)

Okay ..harini saya nak bercakap tentang 'home and living tips' so saya akan mulakan dengan perkara yang sangat-sangat mudah tetapi sangat laaa penting bagi seorang wanita/isteri/ibu iaitu mempunyai dapur yang sentiasa bersih dan selamat dari bakteria dan kuman.

Lets get straight to the point. Sabun mencuci pinggan mangkuk (penting kan kan) .Saya memilih product AMWAY Dish Drops Concentrated Dishwashing Liquid. KENAPA??

First time saya try product ni semasa Hari Raya Puasa di rumah mertua saya.Dimana pada masa tu seperti yang akak-akak sedia maklum memang banyak laa pinggan mangkuk kan. Saya rasa kagum dengan kuasa dish drops ni menanggalkan minyak pada bekas-bekas plastik. Bayangkan laa minyak-minyak dari rendang and lemang masa raya tu (sedap la pulak) sekali cuci je terus bersih. Terus masa tu juga saya berbisik pada suami, 'nak gi Amway la nanti beli barang'. And now, saya menggunakannya di rumah saya..yeaa... kagum betul bila tengok gelas kaca bersinar, makanan yang dah kering dalam pinggan dek kerana asyik tengok TV pon mudah dibersihkan.

Satu lagi, ia mungkin sedikit mahal tapi kalau dibandingkan dengan ketahanan satu botol seliter tu saya rasa, sangat berpatutan. Satu bahagian Dish Drops ni perlu dicampurkan dengan 3 atau 4 bahagian air. Lepas tu bila nak guna, basahkan span dan tuang sedikit atas span dan terus mencuci.Jimat! kuantiti campuran adalah bersamaan sebotol sabun pencuci yang di kedai tu tapi kualiti nye lebih baik dari itu.

Walaupun cecair pencuci ini boleh dikatakan concentrated atau 'kuat' , Ia tidak akan merosakkan kulit macam cucian lain yang mempunya chemical. Dish Drops ni mampu melembapkan kulit kerana mengandungi pelembab AHA dan aloe vera. 'Hard on dirt and germs but mild to your skin'..jadi siapa-siapa yang ada sensitive skin, sila cuba!!

1 liter Dish Drops Liquid mampu menghilangkan 10kg minyak atau 30000 pinggan.banyak tuuu...

Jadi bertukarlah pada produk yang lebih selamat , berkualiti dan tahan lama. Selama mencuba. Jom order ramai-ramai.

Bagi yang nak cuba boleh whatsapp Kak Nur - 017-5155546

1 liter
RM 40.70

Botol sukatan (500ml)
RM6.50







Wednesday, October 15, 2014

MENEMPUH SEGALA BEBAN DUGAAN DENGAN IMAN

Assalamualaikum wbt everyone.

Sebagai manusia dan sebagai seorang muslim, kita memang dijanjikan dengan pelbagai dugaan tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita. Termasuk la dengan diri saya sendiri yang jahil ini. Dalam kita meneruskan kehidupan kita sehari-harian kita tak akan bebas dari membuat andaian dan tuduhan yang berasaskan emosi dan perasaaan semata-mata. Adakalanya pemikiran negatif kita mengundang kepada kehancuran orang lain tetapi yang lebih memudaratkan adalah diri sendiri. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya dapat , ataupun ilham pemikiran yang saya rasa berharga dari Allah SWT untuk memujuk hati ini dari kedukaan.

Bayangkan kita tiada lantai untuk berdiri dan tiada langit untuk diteduhi, yang ada suatu dahan yang memerlukan keseluruhan tangan dan kaki dan tubuh badan kita untuk kita berpaut supaya kita tidak jatuh ataupun terbang hilang. Dahan yang kita peluk itu adalah Al-Quran dan sunnah yang menjadi pegangan setiap mukmin. Begitu la pautan kita terhadap Allah SWT pada sepanjang masa supaya kita tidak hanyut.

Dan tiba-tiba, kita yang tak lari dengan dugaan ini, diuji oleh Allah . Mungkin Ibu kita sakit tenat dan kita menangis siang dan malam berharap ibu sembuh. Merintih kepada manusia dengan menyoal kenapa tuhan buat begitu pada dirinya dan ibunya. Dimana ujian dijadikan untuk manusia berdoa dan merayu kepada Allah SWT dan mendekatkan diri dan menyerahkan segalanya kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Tetapi yang terjadi sebaliknya, kita rasa seakan-akan hilang nyawa jika ibu kita meninggal dan mengadu kepada manusia menjadi tujuan utama kita. Disitu , sebelah tangan sudah dilepaskan dari pautan, masih kuatkan pautan kita pada dahan jika satu tangan kita mencapai sesuatu beban yang lalu pada laluan kita ? tanpa kita sedar capaian tangan kita itu adakah dibawah kemampuan kita untuk kita tanggung atau adakah pautan kita itu menjauhkan kita dari Allah. Itu baru satu dari dugaan yang kita lepaskan pautan kita dari Allah SWT. Dan manusia biasa selalunya akan lebih dari satu dugaan dalam satu masa. Jika semua kaki dan tangan dilepaskan untuk memaut beban kerana kita tidak yakin dengan Allah SWT , pautan kita pada Allah SWT dan Rasulullah SAW renggang dan terputus.

Begitu lah ibaratnya Iman kita, lagi sedikit kita percaya pada Qada dan Qadar Allah SWT, lagi susah untuk kita berdepan dengan dugaan kita. Jadi yakinlah kepada Allah SWT, yakinlah pada skrip Tuhan , dan yakinlah bahawa semuanya datang dengan hikmah yang tersendiri dan hikmah dan rahmat itu tiada tolok bandingnya dengan apa yang kita rasa kita lebih mampu atasi tanpa bantuan Allah SWT. Jadi ayuh, kuatkan pautan kita. Pegang sekuat-kuatnya..pejam mata kita, percaya pada jalan yang Allah SWT tunjuk pada kita, Serahkan segalanya pada Dia..InshaAllah ..Kita akan menemui apa yang kita cari, segala jawapan akan datang mudah dan semuanya akan okay. Ameen

Monday, October 13, 2014

Cara Nak Renew International Passport Yang Sudah Tamat Tempoh #Expired #InternationalPassport

Assalammualaikum wbt everyone.

It had been awhile now..Hope everyone is doing good.. I am doing very fine Alhamdulillah...still fighting with this dunya just like everyone else..:)

Today I would like to talk about the procedure on how to renew your international passport . But I'm not gonna talk about the normal human being way of renewing their passport, I will talk about clumsy people who are too irresponsible to even place their passport at a specific place. I am talking about me..not anyone else. I have to admit I misplace my International passport. Thank you very much. And all i remember is, the passport has already expired. And Thank you God for that , because the procedure of lost and expired passport is similar to the normal procedure of renewing your passport.

So first of all , there is no such thing as making a police report first before renewing your passport. I mean if you misplace it, but if you passport got stolen etc..yes you do need a police report if  you still can use it , which mean not yet expired. Next, you just go to the counter, tell them ' I lost my passport' ..they will ask you ' is it expired?' ..you say yes..and they will give you your registration number.. follow the procedure (register new passport 2 years - RM100 or 5 years -RM300) ..make the payment and wait for one hour and your passport is ready !..yeaa...and now you can go travel the world..(if you have the money of course..:D) 

I would suggest 5 years renew, because for me, I travel like approximately once a year, so if I take 2 years my third time of travelling I need to renew again..and the book is still empty...no fun...Is that reason even valid??..I dunno..:)

Have a nice day and Salam

Thursday, February 6, 2014

WEDDING FAVOR!! (for order!!) - honey in glass jar

Salam wbt and Good day..





tadaaa ...seperti yang di war-warkan semalam ..inilah first service yang saya nak beri kepada anda..

bagi sesiapa yang nak kahwin ke..nak bertunang ke...nak buat apa-apa event dan nak bunga telur yang selain dari bunga telur biasa ...kami ada sediakan satu produk ni..yang kami gelarkan 'honey in a jar' dan 'jam in a jar' untuk event favor atau wedding favor anda...

gambar contoh ini adalah hasil karya kami sendiri ..dan digunakan untuk wedding saya haritu..color boleh mengikut tema warna majlis anda...selain itu boleh juga diisi dengan jelly belly..cuma buat masa ini  ..jelly belly kami tak ada yang ikut warna...

harga satu botol honey adalah RM3 untuk seribu kebawah dan RM2.8 untuk jam..

sebarang pertanyaan dan tempahan boleh la email kpd newrulez25@yahoo.com..hehe...

kalau ada idea yang lebih menarik untuk diisi dalam jar..atau anda ada hajat yang nak kami laksanakan boleh email kepada kami gambar dan kami akan tolong jadikan nyata..inshaAllah..ewah..hehe

xoxo